Garis panduan SKMM admin group Whatsapp dan lain-lain elak dari ' cari penyakit'....

Ingat heboh pasal kisah risiko admin pada kumpulan WhatsApp,Facebook  dan Telegram berdepan risiko tindakan undang-undang jika ada ahli kumpulan buat hal seperti beri komen sensitif, jelik dan sebagainya yang tidak wajar.

Untuk elak ' cari penyakit' tidak tentu pasal elok admin kumpulan-kumpulan ini baca 12 garis panduan berhubung apa yang patut dan tidak dilakukan yang telah dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Garis panduan itu boleh dibaca di laman web SKMM yakni www.mcmc.gov.my yang dimuatnaik Rabu.

Ia antara lain mengingatkan admin kumpulan  perlu menegur posting atau komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul dan sentiasa menyemak posting atau komen berkenaan.

Admin juga wajar mempertimbang untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting atau komen jelik.

Ia juga perlu memaklumkan kepada ahli kumpulan berhubung tujuan kumpulan itu diwujudkan dan memikirkan sama ada peraturan asas diperlukan.

 Mereka harus mengelak daripada menjadi pentadbir tidak aktif dan senyap. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana