Gambar....UMNO Tetap Gah Dalam Politik Malaysia Pada Masa AKan Datang....Naik Bulu Roma Dibuatnya




Perhimpunan sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 yang disertai lebih 100,000 ribu ahli UMNO menjadi simbol kepada kekuatan parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian berkata, perhimpunan itu memberi semangat kepada beliau.

“Saya semakin bersemangat malam ini. Rasa lebih yakin kerana bukan saya keseorangan. I am not alone. I am not lonely sebab saya dikelilingi pemimpin UMNO yang berdiri dalam saf yang padu.

“Prinsip taat setia kepada parti dan negara. Sebab itu dengan kepimpinan padu kita tidak berasa gentar. Walau apa cabaran mendatang oleh pihak lawan kita akan hadapi,” kata Najib.

Najib berkata, sambutan ulang tahun ke-71 itu juga menjadi bukti bahawa bahawa perhimpunan itu lambang kesetiaan dan pengorbanan golongan bumiputera.

“Kita berhimpun untuk tunjuk parti UMNO terkuat di bumi Malaysia. Kita sudah cukup kuat? Kita sudah bersedia esok bubar Parlimen?

“Inilah semangat luar biasa UMNO. Siapa kata UMNO tak kuat. Kalau dia kata tak kuat tengok sahaja perhimpunan ini. Ini segelintir sahaja. Ada tiga juta lebih ahli termasuk di kampung dan bandar,” kata Najib.

Terdahulu ahli UMNO berpusu-pusu memenuhi perkarangan stadium sejak dari pukul 3 petang.

Rata-rata ahli UMNO ditemui melahirkan rasa teruja dan tidak sabar menanti acara kemuncak iaitu ucapan amanat dan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana