Gambar buat Mata Merah oleh pihak pembangkang...Syabas

Sekarang ini apa saja yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  cakap tentu mencuri perhatian apa lagi selepas Muktamar PAS di Alor Star hujung minggu lalu dimana usul putuskan hubungan dengan PKR diluluskan sebulat suara.
 
Semua sedang mengintai dengan teliti arah tuju parti itu yang bertekad hendak jadi 'lone ranger' bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14.
 
Khamis Ahli Parlimen Marang itu tampil memenuhi undangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman untuk menyaksikan proses melabuhkan tukun tiruan di perairan Pulau Kapas di Terengganu.
 
Kedua mereka kelihatan sungguh mesra bersama sepanjang majlis berkenaan.
 
Ditemui wartawan selepas majlis,Presiden PAS itu antara lain ada bercakap soal tarik ' hand brake' dan politik tidak berkelahi. 
 
"Apa yang berlaku, kita kena ingat negara kita ni warisan penjajah yang banyak benda negatif perlu dihapuskan, perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kita kena hentikan, tarik 'hand brake' dan menyelamatkan negara dan rakyat. Itu lebih penting, mengatasi segala-galanya," katanya.
 
Beliau menyataan demikian ketika ditanya dalam kontek sama ada kerjasama UMNO dan PAS itu akan menimbulkan persepsi negatif dan perasaan kurang senang pihak-pihak tertentu.
 
Hadi berkata ia akan difahami oleh mereka terutama rakyat di peringkat akar umbi.
"Insya Allah rakyat akan faham bila rakyat menyedari yang kepentingan dan hak mereka dijaga dengan baik. Rakyat boleh berfikir dengan matang di dalam perkara ini kerana pelaksanaan secara praktikal itu lebih penting berbanding teori.
 
Beliau berterima kasih kepada Ahmad Shabery atas undangan untuk menghadiri program tersebut.
 
"Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.
 
"Kerjasama hari ini (PAS dan UMNO) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama," katanya.
 
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata beliau telah memaklumkan kerjasama Hadi dalam program itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Perdana menteri bukan sahaja merestui, malah beliau awal-awal lagi telah mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar dan mengirimkan salam kepada tuan guru (Hadi).
 
"Insya-Allah akan ada lagi program bersama melibatkan pemimpin UMNO dan PAS demi kepentingan rakyat pada masa akan datang  saya akan maklumkan," katanya.
 
Ahmad Shabery dalam ucapannya berkata walaupun berbeza pendapat, pemimpin atasan UMNO dan PAS tetap akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.
 
"Kita boleh lihat sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di atas pentas sama bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas isu Rohingya.
 
"Tetapi yang sukar ialah untuk merapatkan hati-hati dalam kalangan kita rakyat di peringkat bawah. Namun, hari ini telahpun menjadi kenyataan," katanya.
 
Terdahulu Ahmad Shabery yang tiba di Marang Waterfront untuk majlis perasmian program itu turut bersarapan pagi bersama-sama Hadi dan warga nelayan sebelum menaiki bot ke Pulau Kapas untuk menyaksikan proses melabuhkan tukun tiruan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana