Frasa kegemilangan Anwar dianggap telah berlalu

PPBM dan PAN menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri kerana keadaan sudah tidak sama seperti waktu Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Malah menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Salawati Mat Basir, PPBM dan PAN turut menyedari yang Anwar tidak merasai suasana politik yang berlaku dan ia berbeza dengan apa yang didengar melalui penjara sahaja.

Susulan daripada itu jelas Salawati lagi ia bukan perkara yang pelik jika pimpinan pembangkang sendiri merasakan Anwar bukan calon Perdana Menteri yang terbaik jika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

“Zaman dan waktu telah berubah. Suasana dunia, serantau dan nasional pada ketika ini tidak sama ketika Anwar seorang Menteri.

“Keperluan negara dan kehendak rakyat telah berubah sesuai tuntutan zaman. Walaupun Anwar mengikuti perkembangan semasa tetapi dia tidak berada di luar untuk merasai apa yang berlaku,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pimpinan pembangkang yang tidak bersetuju Anwar untuk menjadi calon Perdana menteri ketujuh.

Antaranya, Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub menjelaskan PH perlu mencari jalan untuk mencari titik kesatuan terlebih dahulu daripada memikirkan siapa calon yang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Tambah beliau, calon PM ketujuh boleh dilantik sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bosnya sendiri, Mohamad Sabu.

“Frasa kegemilangan Anwar dianggap telah berlalu, macam saya katakan tadi, mesti ada calon PM yang lain yang dilihat lebih sesuai dan menepati kehendak semasa pada mereka.

“Bermakna apa yang dicadangkan PKR untuk menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri bukan sebulat suara daripada PH seluruhnya, ini akan menjadi satu lagi masalah besar,” tambahnya.

Bagaimanapun tambah Salawati lagi, perkara ini sudah dapat dijangka kerana Anwar masih berdepan hukuman penjara dan mustahil dapat dilantik ke jawatan PM sekalipun pembangkang menang.

“Itu antara alasan kedua-dua PAN dan PPBM. Ada logiknya alasan tersebut tetapi mungkin juga mereka ada pandangan calon lain ada yg lebih layak selain Anwar dan mereka pun dah sebutkan juga nama calon-calon tersebut,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana