Exco Selangor: PAS Pusat bermesyuarat minggu depan


Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat minggu hadapan bagi menentukan  kedudukan tiga Exco PAS di Selangor selepas Majlis Syura memperakui keputusan menamatkan  hubungan tahaluf siyasi antara parti itu dengan PKR Khamis lalu.

“Kita di peringkat PAS Pusat akan bermesyuarat hujung minggu ini untuk menentukan tindakan politik melibatkan tahaluf siyasi dan juga antaranya melibatkan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor," kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali,

“Tiada apa-apa sehingga kita putuskan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Khairuddin enggan mengulas lanjut laporan media bahawa tiga exco PAS diarah meletak jawatan oleh  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PAS namun mengingatkan risiko politik yang ditanggung oleh PKR.

“Bagi pihak PKR atau kerajaan negeri Selangor, terpulang dekat dia lah apa yang dia nak betindak, itu di luar kuasa kita. Tapi, kedudukannya, mereka kena ingatlah kerajaan (negeri) itu goyah tanpa PAS.

Justeru beliau berharap pihak berkenaan menghormati hakikat bahawa PAS adalah sebahagian daripada kerajaan negeri yang dibentuk hasil kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

"Saya tidak mengharapkan apa-apa cuma kita menyatakan bahawa negeri Selangor itu, kerajaan Selangor itu adalah milik bersama, hasil PRU13. Tapi oleh kerana kuasa di tangan Azmin, kalau itu diperkenankan oleh Tuanku, sila lah,” ujarnya lagi.

Selain PAS, Pakatan Rakyat ketika itu merangkumi DAP dan PKR yang bagaimanapun bertindak menubuhkan Pakatan Harapan bersama Amanah, iaitu serpihan PAS.

Semalam Azmin Ali memaklumkan bahawa kedudukan tiga Exco PAS di Selangor iaitu Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib kekal sehingga Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Namun laporan media memetik sumber mendakwa  Azmin sudah meminta mereka melepaskan jawatan masing-masing pada satu perjumpaan.

Bagaimanapun Iskandar  yang juga  Naib Presiden PAS, menafikan menerima arahan sedemikian daripada Azmin.

Malah Timbalan Presiden PAS  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas, tiga exco berkenaan tidak keberatan berundur jika Azmin sudah memperolehi perkenan Sultan Selangor. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana