EXCO PAS SELANGOR TAK USAH LETAK JAWATAN

Desakan terhadap Exco PAS untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor adalah perkara biasa dalam senario politik.

Namun ianya berikutan kemarahan yang dilemparkan ahli PAS susulan tindakan melampau DAP terhadap parti Islam tersebut sebelum ini.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Salawati Mat Basir, PAS tidak perlu menurut gesaan parti pembangkang lain untuk meletak jawatan di Selangor kerana ia adalah lantikan secara sah yang dibuat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Desakan seperti itu memang senario biasa politik pembangkang kita ni. Saya tak rasa perlu letak jawatansebab lantikan dibuat sebelum berpecah dan ianya harus kekal begitu kecuali jika ditamatkan yang sudah pasti akan mencetuskan kontroversi baru.

“Lantikan itu sah dan tiada sebab untuk ditamatkan dan jika azmin secara tiba-tiba memecat atau menamatkan lantikan ahli PAS tersebut atas dasar mereka sudah tidak lagi bersama sudah pasti mengundang kontroversi yang mencerminkan tahap dan daya pemikiran ahli politik pembangkang yang tak profesional,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

Terdahulu, Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Shukri Omar bertegas agar tahaluf siyasi bersama PKR diputuskan.

Menurutnya, Pemuda PAS Selangor sebulat suara meminta agar tahaluf siyasi ini diputuskan.

“Mengenai tahaluf siyasi dengan PKR, kita masih menunggu keputusan dari Majlis Syura. Suka diingatkan bahawa syarat kita bertahaluf siyasi dengan parti itu mengikut syarat maka eloklah jika saat diputuskan itu pun, ikut syarat juga.

“Namun begitu, Pemuda PAS Selangor sebulat suara merasakan patut tahaluf siyasi ini diputuskan, dan jika ada rakan dari PKR yang masih ingin bersama Pas, marilah bersama kami dalam Gagasan Sejahtera,”kata Shukri.

Mengulas lanjut Salawati berkata PAS harus dikekalkan dalam kerajaan negeri Selangor dan tidak seharusnya putus hanya kerana ketidaksefahaman yang berlaku kini antara parti Islam tersebut dengan PKR.

“PAS saya sarankan supaya tidak meletak jawatan kerana lantikan yang sedia ada ini adalah ketika kedua-dua parti masih berbaik dan ianya masih kekal seperti sediakala sungguhpun sekarang sudah bercerai,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana