Exco PAS di Selangor: Kenyataan 'sembunyi dalam semak' PKR

Ramai kawan-kawan wartawan dok merungut sesama sendiri... 'kenyataan yang bukan kenyataan' apabila lihat tulisan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkaitan isu Exco PAS dalam pentadbiran Selangor.

Pertama kenyataan tersebut tidak dibuat dengan jelas sebaliknya Wan Azizah bermain dengan ayat yang pada akhirnya boleh ditafsirkan PKR terima Exco PAS di Selangor.

Mudah cerita kenyataan jenis ini macam 'kenyataan dari dalam semak' sebab tak jelas dan macam takut-takut.

Mungkin nak tutup malu kerana Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution sebelum ini yang bertegas supaya PAS keluar dari kerajaan Selangor jika putus hubungan dengan PKR.

Kenyataan Azizah membayangkan tiada sebarang perubahan dalam kerajaan negeri Selangor selepas menteri besarnya, Datuk Seri Azmin Ali menemui tiga exco PAS semalam.

Menurutnya, biro politik parti itu telah diberikan taklimat dan menerima penjelasan Azmin walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan.

"Biro Politik PKR turut bersetuju dengan pendekatan menteri besar Selangor untuk menjamin kestabilan kerajaan negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13," katanya.

Wan Azizah berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan parti itu di Ibu Pejabat PKR malam ini.

Menurut Wan Azizah, PKR juga yakin terhadap kepimpinan Azmin untuk terus menerajui kerajaan Selangor dan melaksanakan pembangunan di negeri itu.

PAS pada masa ini mempunyai tiga exco di Selangor - iaitu ADUN Chempaka, Iskandar Samad, ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi.

Azmin bertemu dengan ketiga-tiga mereka bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, sempena lawatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Sekinchan.

Sallehen kemudian menafikan wujud perbincangan mengenai jawatan exco negeri semasa pertemuan tersebut.

Kedudukan exco PAS menjadi tumpuan selepas parti Islam itu memutuskan hubungan politik dengan PKR.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan Wan Azizah

Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana