Elizabeth nafi ADUN PKR Selangor lompat parti....Kecohhhh...Tahu Pun Gelabah

“Tiada empat Adun PKR akan lompat parti, ini adalah berita sampah!,” demikian penafian Exco Kerajaan PKR Selangor Elizabeth Wong.

Menurutnya, khabar angin tidak berasas ini berpunca dari satu sumber yang telah dikenal pasti oleh PKR dan dakwanya spekulasi tidak berasas ini susulan perkembangan terbaru PAS yang dikatakan akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Berita dakwaan 4 adun Selangor dari PKR nak keluar parti adalah tidak benar dan berpunca daripada blog Malaysia Propaganda.

“Dari tajuk blog ini kita sudah tahu ia cyberthrooper, dan ia baru diwujudkan sejak sebulan lalu. Jadi tak perlu mempercayai berita yang belum sahih dan palsu ini,” jelasnya.

Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan berkata demikian ketika sidang media di ibu pejabat PKR, Damansara, pada Rabu.

Sejak semalam, khabar angin bertiup kencang bahawa terdapat ura-ura 4 Adun PKR Selangor akan mengisytiharkan lompat parti.

Jika ini berlaku, kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara automatik akan terguling dan kemungkinan pilihan raya umum awal akan diadakan di negeri ini.

Setakat ini, Elizabeth menjelaskan, tiada keperluan untuk Selangor mengadakan pilihan raya umum lebih awal kerana kedudukan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih lagi kukuh dan mendapat mandat daripada rakan politik Pakatan Harapan serta PAS.

“Mustahil ada pilihan raya awal di Selangor. Tapi kita masih menunggu keputusan Majlis Syura PAS untuk menentukan hala tuju hubungan PKR dengan parti itu.

Ditanya adakah Kerajaan PKR Selangor goyah dengan senario politik yang dikatakan tidak menyebelahi parti itu, Elizabeth berkata, tidak timbul isu tertekan dan kerajaan Negeri Selangor masih stabil.

“Kita (kerajaan negeri) masih ‘steady’ dan tidak goyang.

“Saya tidam faham kenapa kita perlu tertekan dengan keadaan sekarang? Orang luar yang nampak kita tertekan tetapi kita tidak goyang dan tertekan.

“Namun kita telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan senario politik sekarang,” tegasnya.

Sementara itu, Elizabeth menolak desas desus yang mendakwa Azmin dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga terpaksa ke luar negara untuk mencari ketenangan.

“Menteri Besar pergi ke luar negara untuk lawatan kerja. Khabar angin ini tidak berasas,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana