Dr M kata Najib mesti bertanggungjawab kerana Ringgit menurun?

Dr M jadi Perdana Menteri pada 10 Julai 1981. Masa itu, USD1 bersamaan dengan RM2.30.

Selama 22 tahun Dr M menjadi PM, tak pernah sekalipun Ringgit mengukuh berbanding US Dollar.

Lalu jatuh ke tahap RM4.88 pada Jan 1998 sebelum Dr M tambat kat tahap RM3.80 sehingga dia bersara pada 30 Okt 2003 - maksud merosot 65% berbanding RM2.30 bila dia mula menjawat.

Najib pula jadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 semasa USD1 = RM3.73.

Sejak itu, Ringgit pernah mengukuh 25% sehingga tahap USD1 to RM2.96 pada bulan Mei 2013.

Selepas harga minyak turun dan negara Amerika Syarikat melakukan polisi Quantitative Easing II (QE2), Ringgit turn balik sehingga tahap USD1 kepada RM4.27 hari ini, 25 Mei 2017.

Ini bermakna Ringgit pernah naik 25% dan kini turun 14% hari ini berbanding tahap RM3.73 bila Najib mula menjawat.

Nak tanya Tun Mahathir atau pengikut dia...

Kalau Najib mesti bertanggungjawab kerana matawang Ringgit pernah mengukuh 25% dan kini jatuh 14%...

*Maka siapakah yang perlu bertanggungjawab kerana matawang Ringgit terus merosot 65% dan tidak sekalipun mengukuh selama 22 tahun Mahathir menjawat Perdana Menteri?*

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana