DIA TUNJUK PROTES DENGAN AKSI RAKAM GAMBAR?

Khabarnya dia anak beranak menandatangani petisyen mahu Datuk Seri Anwr Ibrahim dibebaskan dalam satu slot di Kongres PKR hari ini. Melihat pada tindakannya itu, penulis tidak hairan kerana pada tahap ini mungkin dia sanggup lakukan apa saja untuk survival politik diri dan anaknya.

Kita pun tahu betapa tegarnya dia berpolitik. Siapa yang sanggah ‘fatwa’nya, maka dia akan buat apa saja asalkan dia menang. Sedangkan sunnah Rasulullah SAW pun dia sanggup perlekeh dengan ‘mata pisau Gillete’, inikan pula umat baginda di akhir zaman, kan?

Penulis tidak terkejut dia mahu Anwar dibebaskan. Demi menjaga hati dan menunjukkan ‘jiwa sepakat’nya dengan DAP, PKR dan PAN, dia sanggup lakukan apa saja. Apatah lagi nama Anwar ditegaskan sebagai calon Perdana Menteri dari pembangkang, maka sudah tentu dia perlu ‘lebih’ mengambil hati…

Kongres PKR hari ini berkali-kali menyebut nama Anwar sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan. Dari peringkat AMK, hinggalah ke pucuk pimpinan utama, nama Anwarlah yang jadi sebutan di depannya. Mujur tidak ‘berasap telinga’.

Seperti yang kita sedia maklum, DAP sememangnya sudah menegaskan berkali-kali bahawa mereka juga memilih Anwar sebagai calon tunggal Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan. DAP konsisten tentang hal ini sejak di zaman Pakatan Rakyat lagi.

Meskipun dia cuba ‘menjolok’ nama Muhyiddin untuk ‘test market’, DAP bingkas sepantas kilat menyanggah cadangannya itu walaupun dia hanya menyatakan ura-ura tersebut di lokasi yang jauhnya beribu-ribu kilometer dari tanahair. ‘Gagap’ terus dia dibuatnya.

PAN pula, mampukah menyanggah kemahuan dan pendirian DAP itu? Beranikah PAN ‘derhaka’ pada DAP dan PKR yang selama ini ‘mengutip’ mereka? Selaku ‘tunggangan baru’ DAP dan PKR, penulis cukup positif mengatakan PAN hanya mengangguk setuju pada pendirian dua ‘abang besar’ itu.

Paling melucukan, anak ‘negarawan maksum’ itu masih juga tidak sedar diri? Dia beritahu kononnya perkara itu akan dibawa berbincang di dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Harapan? Nampak sangat dia masih mengharap.

Kemudian, dia boleh pula beri alasan kononnya bapanya tidak pegang sepanduk ‘Anwar PM ke7’ kerana tidak diberi sepanduk tersebut? Jika benar mahu membela bapa sendiri, berilah alasan yang lebih logik sedikit…

Jika dilihat pada gambar yang dirakam, Lim Kit Siang memegang sepanduk itu dengan tangan sebelah kanan dan mengunjurkan bahagian kiri sepanduk pada bekas ‘diktator’ yang berada di sebelah kirinya. Malah ‘Maharaja DAP’ itu cenderung ke arah kiri, mungkin mengharap ‘Maha Firaun’ menyambut sepanduk itu di sebelah kiri, bukan?

Sekiranya terlalu cuba menahan gelora dalam hati tentang calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, mengaku sajalah. Usahlah ‘berlakon’ tidak menghormati majlis menunjukkan protes dengan aksi merakam gambar. Usia emas tidak elok memendam rasa, nanti sakit jiwa…

Justeru itu pada hemat penulis, redha sajalah dengan ketentuan Allah SWT. Mungkin kini bertemu buku dengan ruas. Dulu di dalam UMNO, bolehlah orang beri peluang. Itupun bila diberi betis, dia hendak paha.

Kini bila sudah duduk sekatil dengan DAP, PKR dan PAN, maka tahan sendirilah ‘azab’nya. Mungkin dia masih tidak sedar puak-puak itu sedang menikmati ‘detik-detik membalas dendam’ atas segala perbuatan selama 22 tahun dulu. Nasiblah…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana