Dendam Dan Kroni !!!!!Semua berkecai bila Tun M bersekongkol dengan DAP - Aidit

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi individu yang lantang mempertahankan hak Melayu Islam sebagaimana suatu ketika dahulu, sebaliknya dilihat jauh meninggalkan prinsipnya apabila kini rancak menjalinkan kerjasama dengan DAP demi kepentingan politik peribadinya.

Penganalisis Politik, Datuk Dr Aidit Ghazali berkata, Perdana Menteri ke-4 itu dahulunya dihormati sebagai individu yang lantang memartabatkan kedaulatan Islam serta mempertahankan hak Melayu, namun kini ia 'diketepikan' demi mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Jadi satu ketika saya melihat beliau berani untuk memastikan bahawa apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan khususnya tentang martabat Islam, hak-hak org Islam, menjaga kedaulatan negara kita, saya lihat beliau berani, itu sebab nama dia dikenali satu dunia.

“Hari ini pada saya semua dah berkecai bila dia (Tun M) bersekongkol dengan DAP, maka saya lihat dia sanggup untuk berkompromi wawasan yang dia bawa satu ketika, prinsip yang dia bawa satu ketika demi agenda politik yang sebenarnya rapuh dan tidak ada asas,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Antarapos.

Menurut Aidit, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kini sudah terperangkap serta dikawal oleh DAP dan Lim Kit Siang, yang mana dahulunya adalah musuh utama beliau.

Aidit berkata, tindakan Dr Mahathir yang 'berlembut' terhadap DAP hanya akan memberikan kelebihan kepada parti dominasi Cina itu untuk terus 'memperalatkan' beliau demi agenda mereka.

“DAP semakin berani sebab kalau dulu orang seperti Tun Mahathir la mereka paling takut, tapi sekarang satu kejayaan bila dia (DAP) yang mampu untuk memperalatkan Dr Mahathir, bukan Dr Mahathir yang memperalatkan DAP.
 
“DAP yang berpuluhan tahun dia kecam, hina dan hari ni boleh pula atas kepentingan politik, menganggap DAP ni tidak sebagaimana yang dia kecam, jadi di mana kita punya prinsip dan integriti kalau sebab kepentingan politik, kita sanggup tukar 180 darjah begitu sekali," katanya lagi.

Sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan sikap Dr Mahathir yang ‘membuat pusingan U secara mendadak dan drastik’ terhadap DAP setelah mengutuk dan benci kepada parti itu selama lebih 44 tahun.

Salleh malah memetik beberapa kenyataan Dr Mahathir sebelum ini, antaranya yang menyatakan beliau tidak memerlukan sokongan orang Cina untuk memenangi pilihan raya (umum).

Akibatnya, pengundi Cina bertindak balas dengan memberi undi kepada PAS.

Tidak lama selepas itu ujar Salleh, Dr Mahathir bertindak balas dengan menulis buku yang berpendirian anti-Cina, ‘The Malay Dilemma’, yang diharamkan kerajaan.

Dr Mahathir kini menerajui PPBM bersama sebahagian bekas pemimpin Umno demi menjatuhkan Najib selaku Perdana Menteri.

PPBM secara rasmi menjadi anggota Pakatan Harapan (PH) yang disertai PKR, DAP dan Amanah pada 20 Mac 2017 selepas Majlis Presiden gabungan itu bersetuju untuk menerima parti berkenaan.

Perdana Menteri paling lama mentadbir Malaysia itu mendakwa tindakannya bersama DAP adalah kerana berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menyingkirkan kerajaan kleptokrasi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana