DASAR KABOTAJ : MAHATHIR PERKENAL, NAJIB MANSUH...ITU KATA ZALIM DAN JAHAT LAGI KAH NAJIB

Selama lebih 30 tahun rakyat di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpaksa menerima hakikat bahawa barangan yang ada di negeri-negeri ini agak tinggi daripada harga barangan di Semenanjung. Apa yang menyedihkan, kesemua rakyat di negeri-negeri ini adalah rakyat Malaysia namun terpaksa menanggung caj yang lebih mahal atas alasan pengangkutan atau lebih dikenali sebagai caj kabotaj.

Dasar ini diperkenalkan kerajaan pada tahun 1980-an semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri dengan setiap barang yang dibeli dari luar negara perlu melalui Pelabuhan Klang dahulu sebelum dihantar ke Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pada ketika itu, Mahathir mahu Pelabuhan Klang sebagai hub kepada pengangkutan air di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Impaknya bukan sedikit. Seluruh penduduk di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpaksa menanggung harga yang agak tinggi. Keadaan ini menjadikan harga barangan antara penduduk di Kepulauan Borneo dengan Semenanjung agak jauh berbeza dan ianya disifatkan sebagai tidak adil buat mereka.

Dalam hal ini, Mahathir langsung tidak memperdulikan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan. Baginya, apa yang diarahkan, harus diikut tanpa boleh dipersoal. Mungkin ianya ada memberi manfaat kepada diri dan anak-anaknya yang menguasai industri perkapalan negara satu ketika dahulu.

Beliau langsung tidak pernah terfikir untuk memansuhkan caj karut seumpama ini walaupun beliau sedar, penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan juga memegang kad pengenalan bewarna biru dan warganegara Malaysia. Baginya, hasil daripada caj ini sahaja yang diberi keutamaan manakala harga keperluan di sana, bukan urusannya.

Semalam menjadi saksi bahawa suara desakan penghapusan caj kabotaj ini akhirnya didengari dengan jelas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Di Sandakan, beliau mengumumkan, caj kabotaj ini akhirnya dimansuhkan berkuatkuasa 1 Jun 2017 iaitu kira-kira 20 hari sahaja lagi.

Dalam pengumumannya, Datuk Seri Mohd Najib amat berharap, dengan permansuhan caj ini, ianya mampu menstabilkan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan tiada lagi caj lebihan dikenakan keatas rakyat di Kepulauan Borneo berkenaan. Mudah bukan? Kenapa hal ini langsung tidak pernah diambil peduli oleh Mahathir? Bukankah mereka juga adalah warganegara Malaysia?
Setidak-tidaknya, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib ini adalah manifestasi kerajaan yang sentiasa mendengar keluh kesah rakyat tanpa mengira di mana sahaja mereka berada. Apa yang kini menjadi persoalan adalah, mungkinkah harga barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikurangkan oleh pemborong, pembekal dan peniaga?

Ini kerana, jika mengambil semula sejarah perlaksanaan GST, kira-kira 2 tahun lalu, harga barangan tidak menampakkan pengurangan. Sebaliknya, saban tahun, harga barangan akan sentiasa meningkat dengan alasan kenaikan harga kos pengangkutan dan sebagainya. Di sinilah terletaknya kejujuran seseorang peniaga. Adakah mereka akan menurunkan harga barang atau mengekalkan harga berkenaan disebalik permansuhan caj kabotaj.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana