DAP TUTUP MATA ISU HUBUNGAN INTIM ANTARA ZAIRIL DAN DYANA, DAP AMAL AMALAN PILIH KASIH

Parti DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd. Daud berhubung penyebaran gambar dan video intim mereka yang menjadi tular di media sosial. Mereka sepatutnya dibawa kepada Lembaga Disiplin parti. Mungkin disebabkan Zairil berada dalam lembaga sebagai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah lesen kekebalannya untuk tidak diambil tindakan.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat mempersoalkan DAP yang masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud berhubung penyebaran gambar dan video intim mengaitkan mereka yang tular di media sosial. DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemimpin itu yang jelas telah memalukan imej parti.

Beberapa keping gambar dan video yang mengaitkan Zairil dengan seorang wanita dipercayai Dyana Sofya yang tular di media sosial itu mengejutkan banyak pihak.Bagaimanapun, Zairil menafikan gambar dan video tersebut adalah dirinya dan menegaskan ia adalah palsu. Sementara itu, Dyana Sofya pula menganggap penyebaran gambar intim yang mengaitkan dia dan Zairil sebagai pencerobohan privasi dalam kehidupan mereka.

Difahamkan DAP hanya akan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang tidak digemari dan menuduh parti tersebut mengamalkan sikap pilih kasih. Kita semua tahu bagaimana DAP ber-operasi. Mereka hanya akan mengambil tindakan terhadap orang yang mereka tidak suka dan Zairil adalah individu yang amat diperlukan kerana DAP mahu menunjukkan mereka mempunyai orang Melayu dengan kedudukan dalam parti.

Jadi, untuk memecat Zairil bukan merupakan agenda mereka walaupun imej mereka sudah dicalar oleh kedua-dua individu ini. Ini me¬nunjukkan DAP jelas mengamalkan sikap pilih kasih dan mengamalkan sikap liberal dalam pemerintahan mereka. Dalam Islam semestinya perbuatan yang dilakukan oleh Zairil dan Dyana adalah salah disisi agama dan ajaran Islam yang tidak patut dijadi ikutan oleh semua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana