DAP PATUT DAH LAMA KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR – PAS

DAP sepatutnya sudah lama keluar meninggalkan kerajaan negeri Selangor memandangkan sebelum ini Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun berkubur pada 2015.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Idris Ahmad berkata, Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat pada 2015 memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud dan tindakan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan keluar dari kerajaan negeri itu.

“Jadi kenapa sekarang mereka nak Exco kita lepaskan jawatan dalam kerajaan negeri selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR,” katanya mempertikai gesaan DAP yang mahu PAS melepaskan semua jawatan di dalam kerajaan negeri.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respons bersama oleh DAP, PKR dan PAS untuk memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia, namun tidak dapat bertahan lama dan terkubur pada 2015.

Justeru itu, Idris mempertikai gesaan DAP yang mahu 3 Exco dan kepimpinan PAS Selangor supaya melepaskan semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri Selangor selepas parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menempelak PAS dan menyifatkan parti Islam itu “bersekedudukan” dengan PKR meskipun sudah bercerai dengan “talak tiga”.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin menjelaskan bahawa kedudukan PAS Selangor di dalam kerajaan negeri itu bakal diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada Khamis ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana