DAP MUSUH TERBESAR..SEDAR LAH MELAYU YANG SOKONG POLITIK PH TU

Ahli Pas diingatkan bahawa musuh terbesar parti itu kini adalah DAP yang jelas menunjukkan sikap anti-Islam dan bukannya UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Sambil mendakwa DAP mengamalkan politik rimba dan politik dendam, wakil Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, perjuangan parti itu terlalu jauh berbeza dengan pendekatan politik Pas yang menonjolkan kesejahteraan berasaskan Islam.

“Lihatlah sendiri bagaimana DAP menolak pelaksa­naan syariat termasuk menolak pemerkasaan Rang Undang-Undang 355, tindakan pemimpin mereka memfitnah pendakwah, Zakir Naik sebagai syaitan, mempertikai kandungan khutbah dan yang terbaru mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang sehingga ada yang belum diwartakan.

“Perhatikan juga bagaimana antinya mereka dengan Islam apabila Ahli Parlimen Ku­ching mempertikai guru agama dari Semenanjung yang dihantar ke Sarawak,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Pre­siden dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Katanya, politik dendam DAP dibuktikan dengan tindakan memecat golongan yang tidak serasi dengan mereka terma­suk ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Pas.

“Pada 19 April lalu, mereka memecat Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Noor Syazwani Md. Amin tanpa sebab. Dia bukannya orang Pas pun sebalik­nya seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tindakannya tidak menepati hasrat kerajaan negeri DAP,” katanya.

Yusni berkata, DAP jelas tidak menjaga kepentingan rakyat seperti diuar-uarkan.

“Dahulu kita yang berkempen untuk calon-calon mereka tetapi sehingga hari ini isu perumahan belum diselesaikan. Projek untuk rakyat miskin juga belum mampu dilaksanakan walaupun sudah memerintah sejak 2008,” katanya.

Tambahnya, ketika BN memerintah Pulau Pinang, DAP menentang projek Jalan Lingkaran Luar (PORR) dan Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) tetapi kini mereka yang tampak mengutamakan projek-projek mewah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana