DAP ADA TAKTIK HALUS UNTUK HANCURKAN KUASA POLITIK BANGSA MELAYU

Orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO diingatkan agar berhati-hati dengan strategi politik halus parti Dap yang berusaha untuk melemahkan kekuatan politik bangsa Melayu dengan gerakan untuk memecah belahkan parti-parti politik yang berteraskan perjuangan bangsa Melayu, demi untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh politik mereka, demikian kata ADUN Parit, Datuk Nizar Zakaria.

Menurut beliau, Dap akan sentiasa mengintai peluang serta licik dalam mengambil kesempatan dalam apa juga keadaan yang mereka lihat mampu untuk memecah belahkan parti-parti politik Melayu, bertujuan untuk melemahkan kuasa politik bangsa Melayu di dalam negara hari ini.

“Sebab itu kita lihat, apabila ada pemimpin-pemimpin UMNO yang keluar dari parti dan berpihak kepada pembangkang, mereka tidak merasa segan silu menyambut mesra pemimpin-pemimpin tersebut, biarpun sebelum ini Dap dilihat cukup berseteru dengan pemimpin-pemimpin tersebut.

“Ini bagi saya adalah strategi Dap untuk terus mengekalkan pengaruhnya serta mahu menjadi sebuah parti yang dominan, khususnya di dalam pembangkang itu sendiri. Sebab itu kita lihat, parti berteras bangsa Melayu seperti Pas yang berada di blok pembangkang juga kini sudah berpecah belah akibat permainan politik kotor Dap.

“Saya lihat Dap bukan sahaja mahu melemahkan parti politik yang menjadi musuh mereka seperti UMNO, tetapi mereka juga bertindak untuk melemahkan parti-parti politik Melayu di dalam pembangkang itu sendiri seperti Pas, agar mereka terus kekal sebagai parti yang dominan dan berpengaruh di blok pihak pembangkang,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu, beliau mengingatkan orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO agar memahami segala taktik dan teknik politik pecah belah yang digunakan oleh Dap ini agar tidak termasuk di dalam perangkap mereka.

“Bagi saya orang Melayu kena kaji dan memahami kaedah serta permainan politik Dap dalam usaha mereka untuk memecah belahkan parti-parti politik Melayu untuk melemahkan kekuasaan bangsa Melayu dalam gelanggang politik negara.

“Dap sudah tentulah berbeza dengan MCA yang menjadi rakan UMNO di dalam BN kerana UMNO dan MCA mempunyai satu ikatan perjanjian yang sudah dipersetujui ketika pra dan pasca kemerdekaan negara.

“Dap pula tidak pernah ada sebarang perjanjian dengan kita, bahkan kita juga harus sedar bahawa DNA Dap itu sendiri berasal daripada ideologi politik yang bagaimana. Orang Melayu juga jangan lupa pada sejarah,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana