Chegubard dakwa tahu 'rundingan' dengan lima ADUN PH di Selangor

Entah iya, entah tidak... tapi bekas pemimpin kanan PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa terdapat rundingan diantara Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Selangor dengan 'pihak tertentu' ekoran terputusnya hubungan PAS dan PKR.

Namun, menurut Penyelaras NGO pro pembangkang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, daripada rundingan tersebut, terdapat beberapa permintaan yang disuarakan oleh ADUN-ADUN tersebut.

"Ramai tanya pasal lompat parti tukar kerajaan Selangor...kerajaan UMNO + PAS + BEBAS....

"Dalam pengetahuan saya memang ada rundingan...lima ADUN mereka didekati...dua menolak...satu langsung tak layan...satu nak jawatan exco dengan 'cash'...satu nak jawatan timbalan menteri besar dan beberapa permintaan lain," katanya menerusi akaun Facebook miliknya pada Rabu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, cadangan untuk membubarkan DUN sekaligus memilih bakal menteri besar baru tidak akan berjaya kerana tidak mungkin ADUN lompat parti akan memegang jawatan tertinggi di dalam negeri itu.

"Jangkaan saya misi mereka menukar kerajaan di Selangor dalam masa terdekat ini tak berjaya sebab jawatan MB dan TMB pasti milik PAS, UMNO sebab tidak mungkin untuk ADUN lompat. Beberapa permintaan ADUN yang dipujuk lompat juga keterlaluan.

Beliau turut yakin, 'drama' yang dimainkan kini hanya menjadikan slogan rakyat sebagai mainan sedangkan semua yang berlaku terdapat maksud tersirat disebaliknya.

"Rupanya dalam politik ini slogan rakyat hanya mainan... semuanya ada harga dagangan... baik yang berserban mahupun bibir tidak berhenti menuturkan kalimat keagamaan dan konon kalimat reformasi atau perubahan," katanya.

Diakhir kenyataannya itu, Chegu Bard berkata ADUN yang didekati sudah pasti bukan ADUN PAS kerana PAS sememang sudah dikira bersetuju untuk bersama kerajaan campuran... ADUN yg bersetuju berunding dari Pakatan Harapan (PH).

Kini, Azmin semakin resah berhadapan krisis kepimpinan Selangor kerana jika ‘perang’ antara PAS, Parti Amanah Negara (PAN), PKR, dan DAP gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang.

Sebagai rekod,  Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kerajaan pakatan Perak hanya bertahan hampir 13 bulan sebelum 'tumbang'.

PH terutama DAP mendesak Azmin memecat tiga Exco PAS dalam pentadbiran negeri itu dan minta digantikan dengan wakil PAN dan DAP.

Azmin enggan menurut desakan pinpinan pakatan kerana PAS juga terlibat dalam rundingan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPALSH) oleh kerajaan negeri berjumlah RM2.8 bilion, yang dikaitkan dengan dana pilihan raya.

DAP dan sebahagian pimpinan PKR 'anti-Azmin' termasuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sedang berusaha, mencari jalan untuk menjatuhkan Azmin.

Mereka mempunyai dua pilihan sama ada membuat undi tidak peraya terhadap Azmin atau membuatkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

Menurut sumber, terdapat  empat  orang ADUN PKR telah mengadap Tuanku Sultan Selangor berhubung hasrat mereka beralih arah untuk menyokong kerajaan majoriti yang baru. Dijangka beberapa orang lagi akan berbuat demikian.

Walaupun ada desas-desus berkata Azmin dan PKR cuba membeli beberapa orang pemimpin PAS  Selangor untuk melompat ke PAN.

Kedudukan kerusi negeri Selangor sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi dan memerlukan lima orang untuk membina kerajaan baru Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana