CATATAN 13 MEI YANG DAP TIDAK AKAN MEMBACANYA….

Berikut adalah catatan Tragedi 13 Mei 1969 seperti yang diceritakan kembali secara lisan oleh Haji Muhamad Bin Haji Yassin, 77 tahun, seorang bekas pelajar Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya (kini kampus UIAM) yang berada di kampus dan kawasan sekitar Lembah Kelang ketika Tragedi 13 Mei, 1969. Penulis menyusun semula pengkisahan tersebut berdasarkan kronologi sebenar.

Pada 10 Mei 1969, Parti Perikatan disahkan memenangi PRU 1969 dan membentuk kerajaan. Namun sekalipun ia dimenangi oleh Parti Perikatan, ia disifatkan sebagai kemenangan tipis kepada parti memerintah kerana banyak kerusi di kawasan banda-bandar utama, terutamanya Kuala Lumpur telah berjaya dimenangi oleh Democratic Action Party (DAP) dan Gerakan yang ahlinya terdiri dari kaum Cina yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seluruh negara yang lain.

Bermula pada pagi 11 Mei 1969, satu sambutan kemenangan oleh DAP dan Gerakan diadakan bagi menzahirkan kegembiraan mereka menawan kerusi-kerusi DUN Kuala Lumpur yang asalnya dimiliki BN. Sambutan juga melibatkan perarakan di sekeliling bandar KL yang turut melalui Balai Polis Jalan Traverse. Di situ kumpulan Cina berkenaan mencaci maki dan menghina polis, malah ada yang kelihatan membuka seluar dengan tujuan menghina anggota polis dan kerajaan pada masa itu.

Kumpulan perarakan tersebut kemudiannya sampai ke kawasan Kg. Baru dan melalui jalan di hadapan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Dato’ Seri Harun Idris, yang juga ketua pemuda UMNO Malaysia pada masa yang sama. Diceritakan bahawa semasa di Kg. Baru, gambar Sultan Ismail Nasiruddin Shah selaku SPBYDPA ketika itu dipijak dan dilanyak di hadapan Kg. Baru. Selain bertujuan menghina orang Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu, dipercayai perbuatan tersebut adalah bertujuan untuk memprovokasi, mengajak orang Melayu Kg. Baru untuk keluar.

Tiada apa yang berlaku sehinggalah perarakan tamat pada malamnya dengan tenang dan tenteram sekalipun ada tindakan provokasi semasa perarakan tersebut.

Namun ia tidak tamat di situ. Pada tengah malam 12 Mei, 1969, rupanya di sebalik ketenangan tersebut, kemarahan Melayu semakin meluap-luap dibakar peristiwa siangnya. Melayu dari Kg. Baru rupanya sedang mempersiapkan diri, bagi menyahut cabaran Cina yang dikatakan menghina orang Melayu semasa perarakan tersebut.

Kumpulan Melayu dari Kg. Baru tersebut bergerak keluar ke Jalan Raja Abdullah ke persimpangan Jalan Campbell.

Di persimpangan tersebut orang Melayu menahan semua kereta dan lori yang dipandu oleh Cina. Pemandu dipaksa turun, dipukul dan dibunuh di situ. Pertempuran seumpanya merebak ke Bandar Tun Razak, membawa ke Jalan Cochcrane dan Jalan Pudu.

Dalam masa yang sama, kumpulan Cina membina kekuatan, bergerak dari Jalan Ampang menuju ke Kg. Baru. Dalam perjalanan, kediaman orang Melayu dibakar, malah ramai Melayu mati terbakar bersama kediaman dan harta benda mereka. Ada Melayu yang dipukul sehingga mati di kawasan yang sama.

Haji Muhamad menceritakan bahawa salah seorang abang saudaranya bernama Razak turut menjadi mangsa. Lambrettanya ditahan di Jalan Kg. Pandan dan dipukul hingga mati di situ.

Sehingga lewat 12 tengah malam, separuh Kg. Baru dibakar oleh Cina. Orang Melayu ada yang telah selamat keluar dan ramai juga yang selamat kebanyakannya berlindung di rumah Menteri Besar Selangor. Dalam masa yang sama, kedai-kedai dan rumah Cina di Jalan Campbell dan Jalan Raja Abdullah pula habis dibakar oleh orang Melayu dan ramai orang yang tidak sempat melarikan diri turut dipukul dan dibunuh di kawasan tersebut.

Kuala Lumpur berdarah dan berada dalam kacau bilau, dengan ramai dari kalangan Melayu dan Cina terbunuh, tiada apa yang dapat keluar atau masuk ke dalam Kuala Lumpur. Tiada pertempuran besar-besaran antara Melayu dan Cina, namun kebanyakan mangsa yang mati adalah akibat terperangkap dan dipukul oleh kumpulan-kumpulan berasingan, diserang hendap dan dipukul curi sama ada oleh kumpulan Melayu atau Cina.

Pada 13 Mei 1969, 2 petang darurat diisytiharkan setelah keadaan semakin meruncing. Parlimen digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang dipengerusikan oleh Tun Razak dengan naib pengerusi Tun dr Ismail ditubuhkan.

Luka negara akibat Tragedi 13 Mei dirawat sejak dari itu.

Haji Muhamad kemudiannya menceritakan pengalamannya sendiri semasa berada di kampus Kolej Islam Malaya sepanjang peristiwa berdarah tersebut.

Beliau berkata bahawa semua pelajar tidak dibenarkan keluar, dan jalan di bahagian hadapan Kolej Islam sibuk dengan kenderaan polis dan tentera lalu lalang.

Pelajar-pelajar menghadapi kekurangan bekalan makanan selama hingga tiga hari kerana bekalan makanan tidak dapat masuk ke dalam kolej. Berbekalkan baki biskut dan ikan bilis dari Dewan Makan, mereka mengalas perut sehingga bantuan datang hanya selepas tiga hari tragedi tersebut berlaku.

Beliau juga menceritakan bagaiamana ada Melayu yang tidak dikenali merapati pagar kolej dan menghulurkan hingga hampir 20 bilah parang untuk tujuan keselamatan jika keadaan menajdi buruk. Orang Cina ketika itu memiliki kelebihan kerana ramai dari kalangan mereka memiliki laras senapang sendiri.

Pada masa yang sama, ada terdapat lebih dari 10 keluarga Melayu dari Pantai Dalam datang berlindung dan menumpang di Asrama Puteri Kolej Islam. Beliau menceritakan bagaimana ada seorang bayi yang baru berumur 16 hari turut datang berlindung di Kolej Islam. Suara bayi tersebut hanya dapat didengari setelah datang ke Kolej Islam kerana tangisannya tidak pernah didengari sejak dari lahir malah dipercayai bisu oleh kedua ibu bapanya.

Keluarga-keluarga Cina di sekitar Seksyen 17 semuanya mengosongkan rumah masing-masing kerana risau dengan kumpulan pelajar-pelajar Melayu di Kolej Islam Malaya.

Pada 15 Mei 1969, semua pelajar diarahkan pulang ke kampung halaman dan dibawa keluar dengan iringan tentera sambal menaiki trak askar ke stesen bas. Proses membersihkan dan pemulihan Kuala Lumpur bermula selepas itu.

Demikianlah pengkisahan tentang Tragedi 13 Mei 1969 seperti yang diceritakan kepada penulis.

Tragedi 13 Mei 1969 adalah satu sejarah taboo yang sangat kita takut untuk bicarakan apatah lagi dikenang-kenang. Kronologi dan rentetan peristiwa yang bermula beberapa hari sebelum itu membawa pada rusuhan kaum 48 tahun yang lalu.

Tetapi mahu atau tidak, ia tetap satu kisah lampau dalam lipatan sejarah negara. Ia satu sejarah dan pengajaran kepada kita semua. Sejarah selain mendidik kita mengenai masa lampau, ia juga sebenarnya mengajar kita bagaimana membentuk acuan yang demi kesinambungan masa hadapan.

Sejarah mengajar tentang kegemilangan masa lampau, tetapi ia juga memiliki kesedihan dan parut-parut akibat luka semalam.

Padanya, kita belajar untuk menghadapi masa akan datang. Jika baik sejarah lampaunya, jadikan ia lebih baik dalam kehidupan mendatang. Jika buruk sejarah lampaunya, perbetulkan supaya kesilapan lampau tidak akan berulang.

Baik atau buruk sesuatu sejarah itu ia memiliki kepentingannya sendiri. Ia bergantung kepada bagaimana kita mengakui ia pernah berlaku dan memastikan ia kekal sebagai suatu bentuk pengajaran,sama ada sebagai sempadan atau bentuk tauladan.

Firman Allah; “Maka kisahkanlah kisah-kisah agar mereka berfikir.” (Al-A’raf : 176)

Sejarah yang dilupakan, dan pelajaran yang tidak diambil iktibar, tidak mustahil ia akan berulang.

Ingat dan belajarlah bahawa pada hari ini, 48 tahun lalu, sejarah hitam pernah berlaku.

Salam 13 Mei, Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana