Bukan mudah gugat kubu kuat...Otak Geng PH ini Busuk...

Usaha NGO Anak dengan kerjasama Hisbah yang mahu memerangi rasuah di Felda dan memilih Parlimen Pekan sebagai lokasi utama hanya sekadar mengambil kesempatan menjatuhkan populariti Ahli Parlimen Pekan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, tindakan kedua-dua NGO yang turut bekerjasama dengan Amanah itu dilihat tidak mudah memandangkan Pekan adalah kubu kuat Najib.

Menurutnya, pengundi di Pekan pastinya tidak mudah terpengaruh dengan isu dibawa NGO tersebut.

“Pengundi di Pekan pastinya lebih bijak menilai kehadiran NGO berkenaan yang mungkin ingin meraih sokongan menjelang PRU14.


“Justeru, boleh saya katakan warga Pekan tidak mudah mengalihkan sokongan mereka terhadap Najib yang sudah memberi sumbangan kepada mereka selama ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, keutamaan pastinya diberikan kepada Najib yang banyak membantu mereka sepanjang menjadi Ahli Parlimen dan Perdana Menteri.

Pada masa sama katanya, pengundi pasti mempertikai kehadiran NGO itu pada ketika ini dan bukannya sebelum ini.

“Pasti ada agenda di sebaliknya, namun tindakan secara bermusim ini  sudah boleh dinilai pengundi di Pekan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana