BUDAYA TAKFIRI DALAM PAS PUNCA MAT SABU TUBUH PAN...JANGAN NAK BERBOHONG LAH MAT SABU

Kebanyakkan yang ahli PAN ini yang keluar PAS inilah yang banyak mulut celupar dan kurang ajar dalam PAS suatu ketika dahulu dengan Mulut Jahatnya dituduh pelbagai kata dan maki pada UMNO.Geng ini jugak lah yang Batu api dan Kecam dalam PAS jangan Bekerjasama dengan UMNO...walaupun dalam bab Agama Islam sendiri.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa budaya takfiri dan menghalalkan darah dalam Pas antara punca beliau dan sebahagian pimpinan parti keluar daripada Pas.

Selain itu, Mohamad Sabu beranggapan Pas juga mendiamkan diri daripada usaha menentang rasuah dan kepincangan UMNO menyebabkan mereka menubuhkan PAN.

Takfiri merupakan amalan suka mengkafirkan orang Islam lain diatas perbuatan dan kenyataannya.

Malah menurutnya, kenyataan pemimpin Pas kalau tidak undi Pas boleh undi UMNO baru-baru ini jelas parti itu sudah lama menyimpang.

“Kenapa ayat sebegitu keluar daripada pimpinan tertinggi Pas?” soalnya yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu dalam rancangan Anda Soal, Kami Jawab anjuran partinya malam tadi.

Kepada soalan kenapa beliau keluar Pas sedangkan semasa menjadi timbalan presiden parti itu beliau pernah berkata jika dia keluar Pas maknanya beliau sudah tidak betul, Mat Sabu mendakwa beliau tidak ada pilihan lain.

“Fahaman takfiri mula melanda (dalam Pas) bila orang tidak sependapat (dengan pimpinan Pas) dan mula digelar liberal, munafik haraki, perlu dihapuskan dan sebagainya.

“Saya nampak trend ini tak cuba diperbaiki daripada Majlis Syura Ulama Pas dan ia merebak, merebak dan merbahaya jika tak diperbaiki,” ujarnya lagi.

Mat Sabu berkata, sukar untuk membaiki Pas daripada dalam dan rakan-rakannya lain mula berbincang untuk menubuhkan wadah baharu (PAN).- MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana