BN JUGAK DITUDUHNYA......KERAJAAN DAP TUDUH BN JADI PUNCA KEBANJIRAN WARGA ASING DI PULAU PINANG

Bukan sesuatu yang mengejutkan atau baru apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas masalah mereka sendiri timbulkan sehingga memberi bebanan dan derita kepada rakyat.

Ini adalah kebiasaan yang dilakukan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng. Apa sahaja kekurangan yang berlaku dalam pentadbiran, dengan cara mudah mereka menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan. Itulah cara pentadbiran kerajaan DAP, sangat menjelikkan.

Ini dapat dilihat apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah membidas Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P.Ramasamy yang menuding jari terhadap kerajaan Persekutuan berhubung isu kebanjiran pekerja asing di negeri ini.

Beliau menyifatkan sudah menjadi kebiasaan Kerajaan DAP Pulau Pinang menuding jari kepada kerajaan Persekutuan bagi menutup kelemahan dan keburukkan mereka apabila sesuatu isu dibangkitkan.

Mereka bukannya mencari jalan penyelesaian, sebaliknya lebih gemar dan mengambil kesempatan untuk tuduh pihak lain. Walaupun kemasukan pekerja asing berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri seharusnya bijak dalam mewujudkan garis panduan mengawal kebanjiran pekerja asing di negeri ini.

“Kerajaan negeri boleh mencontohi Singapura yang menyediakan pelan sistematik untuk pekerja warga asing dengan menyediakan satu penempatan khas untuk golongan itu,” kata Shah Headan.

Shah Headan mendedahkan sejak kerajaan negeri pimpinan DAP mentadbir negeri ini pada 2008, tidak ada satu penempatan disediakan seperti yang dijanjikan.

Dalam pada itu, beliau juga mencabar kerajaan negeri supaya menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri dan kilang-kilang di negeri ini memaklumkan Pulau Pinang tidak memerlukan khidmat pekerja asing. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana