Bila Lelaki Muslim Tenangkan Wanita Yahudi

LONDON: Seluruh dunia tersentuh apabila melihat gambar seorang lelaki Muslim sedang melutut sambil menenangkan seorang wanita Yahudi pada upacara memperingati mangsa serangan di Manchester.

Gambar itu menunjukkan Sadiq Patel, yang berjubah dan memakai kopiah, memujuk Renee Rachel Black, ketika dia sedang duduk di Albert Square Manchester dan menangisi tragedi itu, di mana upacara memperingati mangsa serangan malam Isnin diadakan pada Selasa.
Gambar yang mengharukan itu dianggap sebagai simbol perpaduan di bandar ini berikutan serangan di konsert Ariana Grande yang mengorbankan 22 orang, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.

Berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan pengebom nekad yang berlaku di Manchester Arena yang boleh memuatkan 21,000 orang.Sekeping lagi gambar menunjukkan pasangan itu berdoa bersama-sama, dengan Patel menekup mukanya dan Black menangis sambil menundukkan kepala.

Patel juga, dalam satu lagi foto dilihat membiarkan Black yang berjalan dengan tongkat merangkul lengannya ketika mereka berjalan bersama-sama.

Sebelah lagi tangannya dilihat memegang bangku milik Black.
Tindakan pasangan ini mencetuskan reaksi penuh emosi di media sosial.
Pengguna Twitter @taseulima berkata: "Gambar seperti ini hanya membuatkan hati saya cair."
Seorang lagi pengguna @QudsiyaMashhadi, menganggapnya sebagai sesuai yang memberi inspirasi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana