BERSATULAH MESKIPUN BERBEZA FAHAMAN POLITIK – SALLEH

Rakyat perlu terus bersatu dan mengekalkan perpaduan harmoni meskipun mempunyai perbezaan pandangan dan fahaman politik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tidak ada untungnya jika saling bergaduh sesama sendiri hanya kerana tidak sependapat dalam fahaman politik.

“Jangan kita berpisah (berpecah) hanya kerana perbezaan fahaman politik, sebaliknya, kita mesti terus memperkukuh hubungan silaturahim kerana perbalahan atau tiada persefahaman (dalam politik) tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah.

“Politik bukan 24 jam. Bukan setiap hari berpolitik. Apabila sampai pilihan raya nanti, maka, ketika itu kita akan menentukan apa pilihan kita,” katanya berucap merasmikan Karnival Kuala Abai di Kampung Kuala Abai, dekat sini hari ini.

Salleh berkata setiap pemimpin juga perlu menjadikan parti politik sebagai platform menyatupadukan rakyat keseluruhannya dan bukan untuk memperjuang kepentingan peribadi.

Menurutnya, politik adalah wadah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan pemimpin perlu menggunakan arena itu untuk memelihara kebajikan seterusnya menjamin kesejahteraan.

Katanya setiap pemimpin jangan terlalu beremosi kerana banyak perkara tidak dapat diselesaikan jika bertindak mengikut perasaan, dan menyertai parti baharu belum tentu memberi apa-apa jaminan.

“Politik bukan untuk diri kita (pemimpin) tetapi demi masa depan rakyat terutama generasi muda,” katanya.

Mengenai karnival, Salleh berkata ia adalah saluran untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat di kampung itu selain memperkukuh kerjasama antara mereka.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan dijadikan sebagai program tahunan dengan mempelbagaikan aktiviti yang berupaya menarik kedatangan pelancong ke kampung tersebut seterusnya membuka peluang kepada penduduk meningkatkan pendapatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana