Berbaik dengan DAP, Dr Mahathir jilat ludah sendiri - Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad tergamak menjilat ludahnya sendiri apabila berbaik dengan DAP yang selama ini dilabelnya sebagai parti rasis dan cauvanis, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Namun demi agenda peribadinya, bekas perdana menteri itu sanggup bersekongkol dengan DAP, selepas mendapati parti itu lebih berkuasa dalam Pakatan Harapan (PH) berbanding PKR dan Amanah.

"Yang sedihnya beliau sanggup menjilat ludah, berdamping dan mencium mulut dengan musuh, memerangi parti Umno yang dipimpin beliau selama berpuluh tahun, kerana agenda peribadi.

"Kita tidak lupa siapa yang ajar kita...DAP itu parti perkauman. Siapa yang didik kita selama puluhan tahun, menanam kebencian terhadap parti DAP sebagai parti cauvanis dan rasis yang membenci Melayu dan Islam," ujarnya ketika berucap dalam acara Sambutan Ulangtahun Umno ke-71, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata beliau menarik balik gelaran rasis dan cauvanis yang diberikan kepada DAP.

Ujarnya DAP bukan parti perkauman dan buktinya, lagu rasmi DAP adalah dalam bahasa Malaysia.

Najib kemudiannya menyatakan rasa terkilannya terhadap sikap Dr Mahathir yang sanggup mensasarkan Umno, demi agenda peribadinya.

"Tergamak dan sanggup bersubahat berbuat khianat terhadap parti kita. Sanggup jatuhkan pimpinan, sanggup perangi Umno dan BN," ujarnya.

Beliau kemudiannya berkata biarpun diserang bertalu-talu, Umno tetap kukuh dan menjadi parti terkuat di negara ini.

"Saya nak tanya adakah kita sudah cukup kuat atau tidak, adakah kita sudah bersedia, ...esok bolehkah bubar parlimen, jika ya. Inilah semangat kita, semangat luar biasa Umno.

"Siapa kata Umno parti tidak kuat. Kalau dia kata tak kuat tengok saja perhimpunan ini, ini baru sebahagian ...ada ramai lagi yang mana mereka ada di kampung, di pinggir bandar, kawasan perumahan. Ada tiga juta lebih ada lagi ahli kita.

"Obor dan api perjuangan Melayu dan Bumiputera dan parti keramat ini akan terus mara menyala, kita pertahankan sampai ke titisan darah yang terakhir," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana