Berani TU..Itu Belum Bukan Islam Memerintah Lagi Tu!!!KDN akan ambil tindakan jika penjelasan The Star isu ‘Malaysian Terrorist Leader’ tidak memuaskan…

Sekalipun akhbar The Star telah memohon maaf mengenai tajuk dan gambar pada muka hadapan akhbar 27 Mei ‘ Malaysian Terrorist Leader ‘yang mengundang kemarahan umat Islam di negara ini,Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris itu mengadap Isnin.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata tindakan termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

"Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengarkan penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya,”katanya.

Beliau emmberitahu demikian kepada wartawan semasa Program Penerapan Nilai-Nai Murni yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid di Masjid Tok Jembal di Kuala Nerus,Ahad.

Alwi berkata tindakan akhbar itu sangat mengecewakan memandangkan KDN telah memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

Sementara itu setelah dikecam oleh pelbagai pihak  The Star dalam permohonan maaf pada petang Ahad menjelaskan bahawa adalah menjadi amalan menyiarkan  foto umat Islam bersembahyang Terawih pada hari pertama bulan Ramadan pada setiap tahun.

“Amalan ini dilakukan sejak sedekad lalu.

“Bagaimanapin tahun ini, terdapat satu kebetulan yang malang apabila tajuk utama berkaitan pemimpin pengganas dan ramai yang mengaitkan tajuk tersebut dengan gambar umat Islam sedang bersembahyang, yang tidak langsung menjadi niat akhbar ini,” kata kenyataan itu.

Sabtu akhbar itu menyiarkan foto umat Islam sedang bersembahyang Terawaih di muka hadapan, namun disertai tajuk ‘Malaysian Terrorist Leader’ di atas gambar berkenaan yang menimbulkan kekeliruan serta kemarahan kepada umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana