BELAKANGKAN ISLAM, KAMARUL LANCAR MEMORANDUM ‘SERANG’ DAP

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff hari ini memulakan inisiatif penyediaan memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP.

“Kepada ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP.
“Mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya.”

“Asas utama yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah bahawa banyak daripada aktiviti-aktiviti atau hal-ehwal DAP yang berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tindakan tersebut susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh ahli akademik tersebut terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh berkenaan buku Becoming Hannah yang didakwanya berusaha untuk memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang ramai cenderung kepada agama Kristian.

Menurut Kamarul, setakat hari ini, lebih daripada 100 ahli akademik daripada universiti tempatan dari seluruh negara sudah bersetuju untuk memberikan tandatangan kepada memorandum tersebut.
“Setakat ini sudah lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, termasuk 18 Profesor dan 24 Profesor Madya, yang bersetuju, di atas kapasiti peribadi mereka, untuk menjadi penandatangan kepada memorandum ini.” – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana