Azmin umum semua Exco PAS kekal sehingga PRU... PAN melepas

Sudah dijangka... Datuk Seri Azmin Ali tidak akan berani 'mengoncang' kedudukan PAS di Selangor dengan memecat Exco ataupun menyingkirkan ahli majlis parti itu dari pertadbiran negeri walaupun hubungan PAS dan PKR sudah putus.

Ini kerana sokongan PAS merupakan 'talian hayat' Azmin yang sebelum ini tidak disokong PKR dan DAP untuk jadi MB.

Paling malang dalam episod ini adalah Parti Amanah Negara (PAN) yang terlepas peluang untuk masuk dalam pertadbiran negeri.

PAN yang berada dalam gabungan Pakatan Harapan nampaknya tersengit macam 'pak kadok, menang sorak kampung tergadai,'.

Menurut Azmin, mandat kerjasama PKR-PAS di Selangor akan diteruskan sehingga pilihanraya umum akan datang demi mengekalkan komposisi pentadbiran negeri itu.

Jelasnya tiada perubahan dalam kabinet kerajaan negeri Selangor akan dibuat sehingga penggal berakhir.

"Kerajaan terbentuk berdasarkan sokongan majoriti ahli dewan, bukan kepartian. Jadi kita ada 43 DUN yang dibentuk hasil sokongan n mandat rakyat. Its my duty, tanggungjawab saya untuk menjaga amanah diberi rakyat bukan saya yang buat pilihan.

"Dalam penggal ini rakyat pilih kita untuk bekerja bukan untuk bergaduh.

Jadi bila rakyat suruh kita kerja kita mesti tunduk. Bekerja untuk rakyat," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di SACC Convention Centre sebentar tadi.

Beliau sebelum itu memberi jaminan bahawa pentadbiran kerajaan negeri itu akan kekal stabil dan utuh demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Kita 'persetankan' yang mabuk mencari publisti dan populariti murahan, mana-mana pihak temasuk individu atau kumpulan, yang cuba khianati amanah ini akan kita perangi habis-habisan dalam negeri Selangor.

"Kita akan terus fokus menggalas amanah ini, demi memberi perkhidmatan terbaik," kata Azmin.

PAN sebelum ini mendesak Azmin menyingkirkan PAS dari pertadbiran Selangor. Turut berbuat demikian adalah MP DAP Jelotong Jeff Ooi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana