Azmin bawa ADUN PKR, PAS ke luar negara Ahad malam...Kenapa Jadi Macam Tu Sekali

Jeng jeng jeng... macam kata pepatah jika tiada angin masakan pokok bergoyang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membawa beberapa ADUN PKR dan PAS ke luar negara untuk lawatan Ahad malam.

Sebelum itu tersebar khabar angin yang tersebar mengenai ada empat ADUN PKR akan meninggalkan parti itu untuk menjadi ADUN Bebas.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Politik Azmin, Shuhaimi Shafiei bagaimanapun menafikan ianya berkaitan dengan berita empat ADUN tersebut.

“Itu hanya propaganda dan spekulasi semata-mata. Mungkin ada pihak yang kecewa kehilangan kedudukan satu ketika dahulu berharap untuk kembali.

"Sejak 2008 ramai Adun dikaitkan melompat sana sini namun ia tidak berlaku. Jika ada pun hanya satu kes terpencil di Selangor.

“Kita sedar ada sedikit usaha pihak tertentu ke arah itu sejak November 2014 lagi dan terbaru, mereka merisik khabar dengan beberapa adun. Mungkin mereka terlibat dengan penyiaran propaganda itu,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui beberapa ADUN dari PKR dan PAS menyertai delegasi menteri besar ke Timur Tengah bagi meninjau keadaan pelajar-pelajar Selangor di sana.

“Tiada masalah besar atau apa-apa yang berlaku. Kerajaan negeri berjalan seperti biasa dan lancar. Pakatan Selangor akan teruskan pentadbiran seperti biasa dan kami kekal fokus dengan agenda Membangun Bangsa, Memakmur Negeri," katanya.

Sementara itu, PAS Sela­ngor menyokong sebarang keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung tahaluf siyasi bersama PKR.

Wakil PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, isu tahaluf siyasi yang hangat diperkatakan ketika ini menyebabkan tumpuan terarah kepada kepemimpinan PAS di negeri berkenaan.

“Saya sebagai wakil Selangor ingin menyatakan bahawa kami perwakilan Selangor berdiri teguh di bawah kepemimpinan PAS Pusat yang menerajui kita dan juga Majlis Syura Ulama.

“Ini termasuk untuk akur dan patuh dengan apa sahaja keputusan, kalau diputuskan kita maju ke depan kita maju, kalau disuruh undur maka kami akan undur,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut pada Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana