AZMIN ALI TAK NAK JUMPA PEMIMPIN PAS....

Tiada keperluan untuk PKR berjumpa dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, buat masa ini, bagi membincangkan tahaluf siyasi antara dua parti itu yang diumumkan terbatal secara rasmi semalam.

Demikian menurut Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya langkah susulan yang akan diambil parti itu.

“Tidak ada rancangan untuk adakan pertemuan dalam masa terdekat kerana saya difahamkan beliau sedang berehat atas masalah kesihatan sebelum menjalani pembedahan pada awal minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Masjid Perodua, di sini petang semalam.

Selasa lalu Azmin dikatakan bersedia menemui Hadi, atau mana-mana pemimpin PAS bagi membincangkan kemelut yang melanda dua parti itu di Selangor terutama dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Untuk rekod Majlis Syura Ulama PAS pada semalam mengambil keputusan membatalkan tahaluf siyasi bersama PKR selepas mendakwa parti itu mengkhianati kerjasama mereka.

Azmin berkata susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu, PKR bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Jika tidak boleh dielakkan maka kita perlu hadapinya.

“Jika itu keputusan dibuat oleh PAS itu adalah pilihan PAS. Sebagai sebuah parti politik kita kena bersedia dengan apa sahaja kemungkinan,” katanya.

Menteri Besar itu juga menolak andaian Selangor bakal berdepan dengan pilihan raya mengejut setelah terbatalnya kerjasama politik dengan PAS kerana menghormati mandat yang diberikan rakyat pada PRU13 yang lalu.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengumumkan bahawa majlis itu menerima usul muktamar PAS untuk membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Nik Muhammad Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana PKR melakukan begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Ia termasuklah menjalin kerjasama politik bersama DAP dan Amanah menerusi Pakatan Harapan (PH), menyokong calon Amanah di dalam dua pilihan raya kecil tahun lalu, selain kegagalan menyatakan sokongan terhadap pindaan Akta 355 yang dibawa PAS.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataannya hari ini menafikan partinya mengkhianati syarat kerjasama dua parti itu, malah menambah PKR ‘mendokong secara prinsip’ usaha pemerkasaan mahkamah syariah sebagaimana yang ditegaskan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal April lalu.

“Wan Azizah, bagi pihak parti telah memberi satu kenyataan yang jelas. Saya berhubung dengan beliau sehingga jam satu pagi tadi dan itulah kenyataan terkini parti,” demikian respon Azmin terhadap dakwaan khianat yang dinyatakan PAS kelmarin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana