Awas....risiko pakatan pembangkang yang sudah 9 kali tak tahan lama

Dalam sejarah jelas tercatat.Ini yang diingatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cacamarba pakatan pembangkang agar rakyat sedar risiko yang mereka bakal hadapi jika dipimpin oleh gabungan parti tidak kukuh.
 
Katanya sejak 1986 pembangkang sudah membentuk sembilan pakatan yang tidak bertahan lama.
 
"Sejak tahun 1986, pembangkang sudah membentuk 9 pakatan seperti Barisan Alternatif yang ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi dibubarkan pada tahun 2008. Kemudiannya Pakatan Rakyat yang hidup sejak 2008 hingga 2015. Pakatan-pakatan ini terpaksa dibubarkan selepas beberapa tahun.
"Yang lucunya, pembangkang kini didatangi parti kecil baru yang ingin menukar nama Pakatan Harapan. Pakatan apa pula yang akan timbul nanti?,"katanya dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Menulis di blog rasminya Jumaat,Najib berkata kestabilan politik memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara dan antara faktor yang menentukan kestabilan politik adalah kerjasama antara parti politik dalam gabungan parti yang memerintah.
Menurutnyamelihat pada sejarah pakatan pembangkang, mereka tidak mampu bertahan lama.
"Konflik dalaman akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada rakyat. Kerajaan yang diperintah mereka ini berpecah belah dan boleh mengakibatkan ekonomi merudum.
"Kepimpinan yang tidak sehaluan akan mendorong Kabinet bertukar dengan kerap. Kesannya, kelangsungan perkhidmatan asas yang disediakan kerajaan akan terhenti atau tergugat.
"Manakala di Selangor pada masa ini, keadaan politik sebenarnya tidak stabil sekiranya PAS atau DAP menarik diri daripada kerajaan, kedudukan Menteri Besar dan kerajaan negeri sudah tentunya akan terjejas.
"Bayangkan sekiranya perkara ini terjadi di peringkat persekutuan. Untuk memastikan ekonomi membangun dan kebajikan rakyat terpelihara, kerajaan perlu dipimpin oleh gabungan parti yang kukuh, berpengalaman dan sehaluan,"katanya.
 
PAS pada muktamarnya dekat Alor Star hujung minggu lalu sudah lulus usul putuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR dan kini menunggu Majlis Syura PAS buat penentuan rasmi keatas usul berkenaan.
 
Keadaan ini mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kedudukan kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali sekalipun ia mampu terus berkuasa mengambil kira dari segi angka jumlah ADUN PKR,DAP dan Amanah di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana