AS Sarang Kejahatan - Jong-un...Aikkk Presiden US Tak Marah Ker?

PYONGYANG: Perang 'psikologi' antara Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS) tidak menunjukkan sebarang petanda akan reda dalam tempoh terdekat apabila kedua-dua pihak saling berbalas tuduhan antara satu sama lain.

Menerusi coretan pemimpin negara itu, Kim Jong-un dalam akhbar Rodong Sinnum pada Khamis, tindakan terdesak AS melakukan pengintipan ke atas Korea Utara hanya membawa kemusnahan kepada negara barat itu.

Ujarnya, tekanan dan tindakan melampau yang dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump tidak ubah seperti dasar negara yang membiayai keganasan selain melakukan provokasi secara terbuka dan menjalankan operasi pengintipan.

"Operasi (pengintipan) terhadap kepimpinan Korea Utara dan kemudahan strategik negara ini hanya mengundang malang kepada AS.

"AS merupakan 'sarang kejahatan yang perlu dihapuskan daripada muka bumi ini." jelas artikel itu yang bertajuk 'Don't Deram Silly Dream' (Jangan Impikan Impian Bodoh).
Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan seminggu selepas Korea Utara menuduh AS sebagai negara yang membiayai keganasan selepas cubaan membunuh Jong-un menggunakan bahan kimi.
Sebelum ini, Trump menyatakan bahawa konflik AS-Korea Utara berkemungkinan perlu diselesaikan menerusi ketenteraan tetapi beliau mahu krisis tersebut dihentikan secara diplomasi.
Ketegangan antara kedua-dua pihak memuncak apabila Pyongyang terus berdegil mahu meneruskan ujian peluru berpandu dan nuklear manakal AS menguatkuasakan larangan ekonomi ke atas negara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana