Apabila Mahathir Lupa Dirinya Pernah Kalah Di Kedah

Bukan main lagi Mahathir, Penasihat Pakatan Harapan buat video ajak pengundi Pekan kalahkan Datuk Seri Najib. Mahathir kata Najib pernah dapat 241 undi sahaja di Pekan. Ya, 241 pun masih lagi undi majoriti dan menang. Tidak kalah seperti orang itu di Parlimen Kota Star Selatan pada 1969.

Sejarah tidak pernah berbohong. Sejarah telah tercatat bagaimana Penasihat Pakatan Harapan yang paling dipuja penyokongnya bagaikan adi wira itu, sebenarnya pernah tersungkur dan kalah.Dalam PRU3 tahun 1969, Mahathir telah tersungkur di kaki calon PAS Haji Yusoff Rawa dengan minoriti 989 undi.

Walaupun Najib Razak bertanding buat kali pertama pada PRU tahun 1976 dalam usia yang muda (23 tahun), namun beliau tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya di Parlimen Pekan.Sudah 9 kali, Datuk Seri Najib bertanding di Pekan. Rekodnya 9-0, 9 kali menang dan tidak pernah kalah. Berbanding Mahathir, tanding 9 kali, 8 menang 1 kalah.

Mahathir sudah pasti cemburu melihat rekod Datuk Seri Najib ini. Paling tinggi pun, Mahathir pernah dapat majoriti undi 22,062 sahaja pada PRU8, di Kubang Pasu semasa menjadi PM.Datuk Seri Najib mencatat majoriti 35,613 semasa PRU13 ketika menjadi Perdana Menteri. Sekali lagi Mahathir kalah dengan Najib.

Jika Mahathir mahu mengambil keputusan PRU10 pada tahun 1999 sebagai kayu ukur prestasi, dia sepatutnya buka mata dan insaf. Mahathir sendiri pun alami penyusutan undi semasa jadi PM.Pada PRU10 tahun 1999, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu memperoleh 10,138 undi majoriti berbanding PRU8 tahun 1990, dengan majoriti 22,062 undi.

Undi majoriti Mahathir telah menyusut 15% sejak 1990, dari 78% undi pada 1990 kepada hanya 63% pada 1999.

Berbeza dengan Najib, majoriti undi yang diperoleh Najib selepas 1999 sentiasa meningkat tinggi. Sebagai contoh, pada PRU11 tahun 2004 Najib memperoleh majoriti 22,922 undi. Manakala pada PRU12 tahun 2008, majoriti yang diperoleh beliau meningkat lagi kepada 26,464 undi. Di PRU13 pula Najib sekali lagi menunjukkan peningkatan majoriti dengan 35,613 undi.

Dari segi peratusan undi, meningkat 20% pada 2013 berbanding 1999. Sekali lagi Mahathir kalah dengan Najib.Kehebatan Najib diakui sendiri oleh calon PKR yang melawan Najib pada tahun 2013 lalu iaitu Mohd Fariz Musa.

Katanya, Perdana Menteri akan terus menang besar di parlimen berkenaan kerana beliau mempunyai bank undi yang kukuh daripada rakyat. Dia berkata demikian pada 5 September 2016 lalu. 9 kali bertanding di parlimen, rekod Najib lebih baik dari Mahathir. Sebab itu Mahathir rasa cemburu dan suruh orang Pekan jatuhkan Najib.

Mahathir mana pernah mengaku kalah. Dia asyik hendak menang sahaja. Dalam kempen jatuhkan Najib ini pun, Mahathir dah gagal dan kalah berbelas kali cubaan.Mahathir hanya mengaku kalah dengan DAP dan Anwar sahaja. Dia sanggup “angkat bendera putih” dengan mereka semata mata hendak jatuhkan Najib sahaja.

Najib akan bertanding kali ke 10 pada PRU14 di Pekan. Jika majoriti undi Datuk Seri Najib dapat cecah angka 40,000 undi pada PRU14, itu sudah cukup untuk tutup terus mulut penasihat Pakatan Harapan itu.Ayuh sama sama kita bantu Datuk Seri Najib jadikan rekod baru, 10-0. Mahathir kena mengaku kalah lah selepas itu dan kena sebut “Najib You Win”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana