Apa yang rakyat dapat dari projek KLCC yang dibangga2kan macai2 Madey ....

Pernahkan ada antara rakyat marhaen yang memasuki bangunan kembar KLCC? Kalau nak masuk bangunan untuk melihat pemandangan dijambatan udara dan menara tinjau ditingkat 83 anda kena bayar tiket RM30.00 (dewasa), RM15 kanak2 3 -13 tahun dan RM15 warga emas.

Kos bangunan kosong sahaja ialah RM2.3 billion, belum dicampur kos persiapan dan pemasangan alat2 di sebelah dalam, yang menelan belanja lebih RM1 billion lagi.

KLCC mempunyai 2 menara yang dipanggil Menara Berkembar. Setiap satu Menara KLCC tersebut dipegang oleh Ipar2 Tun Dr Mahathir. Semasa proses perpindahan anak2 syarikat Petronas dari bangunan Dayabumi ke petempatan pejabat baru di Menara Petronas, anak2 syarikat petronas yang berpindah ke 'Menara Satu' tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT yang majoriti sahamnya dipegang oleh DATO Mirzan Bin Mahathir. Dengan harga RM10,000 tiap2 sebuah “workstation”, dan memandangkan terdapat 5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini dianggarkan bernilai RM50 juta. Dari segi mutu, harga ini dianggap sebagai luarbiasa tingginya.

Selain dari “workstation”, bilik pengurus2 dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM70,000 sebilik. Untuk pengurus2 besar pula RM138,000 sebilik; dan untuk Naib2 Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi.

Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didarabkan semua bilik2 ini, maka didapati kontraknya bernilai lebih dari RM200 juta, terutama jika diambil kira perabut untuk ARAS 86, di mana ia dibina khas untuk Tun Dr Mahathir yang terdiri daripada sebuah pejabat, bilik tetamu, bilik mesyuarat dll.

Tiap2 satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai berjumlah 1.85 juta kaki persegi. Di Menara Satu, hampir tiap2 aras dipasangkan dengan permaidani berharga RM70-RM90 tiap kaki persegi. Dianggarkan 1.5 juta kaki persegi dihiaskan dengan permaidani maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM100 juta.

Kos Taman KLCC: RM200 juta.

- Konsultan dari Brazil telah diberi kontrak untuk mereka bentuk dan membina taman seluas 50 ekar. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Akhirnya, ia diganti dengan pokok2 hiasan tempatan.

- Kos penyelenggaraan taman ini dilaporkan bernilai RM7 juta sebulan. Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, yang biasanya berharga RM200-RM300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.

Kos Dewan Simforni FILARMONIK: RM500 juta.

- Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih 100 ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 juta.

3.5 Kos Loji “Gas District Cooling (GDC)”: RM300 juta.

- Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat2 hawa dingin bagi seluruh KLCC. Proses pembesaran yang dilakukan waktu itu menelan belanja lebih kurang RM80 juta.

Apa faedah yang anda dan rakyat kampung perolehi .....?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana