Apa yang pembangkang ni cuba mau tunjuk tu ya...Banggang Nya DAP Ni...Ada 2 WargaNegara...Apa Cerita Ni?

Perkara 48 (1) (f) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang boleh kehilangan kelayakan anggota Parlimen atau ADUN apabila dia dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan Malaysia atau membuat akuan setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia.

Lagi nak menengak benang yang Basah...

DAP Sarawak Failkan Tindakan Undang-Undang Terhadap DUN Sarawak.

KUCHING - Ekoran geram dan sakit hati dengan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Awang Asfia Awang Nassar yang membatalkan kelayakan wakil rakyat Dr. Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan memfailkan tindakan undang-undang.

Pengerusinya Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata mereka telah menubuhkan pasukan undang-undang yang diketuai oleh Chong Siew Chiang dan pengasas DAP Sarawak serta turut disertai beliau sendiri termasuk Alan Ling, Wong King Wei, Irene Chong dan Violet Yong.

Chong yang juga ADUN Kota Sentosa memberitahu tindakan undang-undang tersebut akan difailkan dalam tempoh sebulan.

"Tindakan Speaker DUN sama sekali tidak masuk akal dalam sistem demokrasi dan oleh itu, kami sebulat suara mengambil tindakan undang-undang terhadap DUN Sarawak dan Speaker bagi mempertahankan perlembagaan negeri," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa negeri DAP di sini, semalam.

Terdahulu, persidangan DUN Sarawak Ke-18 Jumaat lalu menyaksikan Dr Ting Tiong Choon bukan lagi ADUN Pujut selepas undian dilakukan menyaksikan 70 ahli dewan mengundi usul bagi menyokong berbanding 10 undi daripada ahli-ahli pembangkang terhadap usul pembatalan kelayakan wakil rakyat DAP disebabkan mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul tersebut telah dibawa dan dibentangkan Menteri Kewangan Kedua yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Dato Sri Wong Soon Koh.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 lepas, Dr Ting menang dengan mengalahkan tiga lagi calon lain dalam pertembungan 4 penjuru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana