APA NILAI ETHOS & AVENUE CAPITAL KEPADA MAHATHIR SEKARANG?

UNTUK budak-budak yang baru mengenal Mahathir, silalah google dua nama syarikat di atas, dengan tambahan “Mahathir” dan anda pasti tahu bahawa Mahathir memang gemar menggunakan syarikat tertentu sebagai platform untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri – lama sebelum 1MDB ini wujud pun.

Ethos dan Avenue Capital adalah antara dua syarikat yang sering menjadi sasaran Mahathir dalam usahanya untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sekitar 2005-2008 dulu, sama seperti 1MDB dan SRC International digunakan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini.

Melalui syarikat-syarikat itu, Mahathir mendakwa Tun Abdullah menjual negara kepada Singapura, menjadikan menantunya kaya raya dan sebagainya – tak satu pun yang terbukti sehingga sekarang.  Anyway, kalau nampak persamaan dengan apa yang dilakukan Mahathir terhadap Najib sekarang, jangan terperanjat sebab Mahathir guna modus operandi yang sama.  Tukar nama saja, Ethos dan Avenue Capital kepada 1MDB dan SRC manakala menantu kepada anak tiri.

Tapi nak sebut ni, diakhirnya Mahathir tidak peduli pun dengan semua syarikat ini dah mahupun individu yang berkenaan, bila apa yang dia hajati tercapai.  Hari ini tanya balik Mahathir pasal Ethos dan Avenue Capital, haram dia tidak akan peduli padahal sewaktu Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dulu, itulah dua syarikat yang sering keluar dalam setiap penulisan di blog mahupun ceramah yang dia memberi.

Samalah macam 1MDB dan SRC International ini  besok kalau usaha menjatuhkan Najib ini berjaya.  Mahathir tidak akan ambil peduli sekalipun pada satu ketika dia menampakkan seolah-olahnya inilah masalah terbesar yang boleh membawa kejatuhan sebuah negara seperti Malaysia – skandal kewangan terbesar dunia kononnya.

Moralnya, Mahathir tidak pernah peduli dengan rakyat atau apa yang boleh menyebabkan kerugian kepada negara ini.  Dia hanya peduli kepada matlamatnya sahaja – matlamat menghalalkan cara.  Samalah halnya seperti kerjasama politik dengan PKR dan DAP, ingat Mahathir peduli ke dengan semua parti-parti ni nak melungkup atau jadi apa?

Yang penting hanya dia saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana