APa Madey NI Bercelaru Fikiran Ni......Dr Mahathir dakwa kerjasama dengan DAP sebab sayangkan negara

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berkeputusan bekerjsama dengan DAP kerana sayangkan negara.

Malah ujar pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysi (PPBM) itu, tindakannya bersama dengan DAP tidak mengkhianati masyarakat Melayu.

"Ramai orang Melayu marah bila saya untuk duduk di sebelah Lim Kit Siang dan begitu juga orang Cina, ramai yang tidak berpuas hati.

"Orang Cina berasa dikhianati oleh Lim dan orang Melayu rasa dikhianati oleh saya tetapi kami tidak mengkhianati sesiapa.

"Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita hanya mahu negara ditadbir dengan baik," katanya pada majlis makan malam kutipan dana anjuran pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata parti-parti pembangkang tidak boleh menang pilihan raya dan membentuk kerajaan secara bersendirian, dan ia hanya dapat dicapai jika mereka semua bekerjasama.

PPBM kini menyertai Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana