Apa kita nak bagi gelaran kepada parti serpihan PPBM ni ....

'Kaduk naik junjung' atau 'ular lidi nak jadi naga'.

Hanya ada satu kerusi tapi berlagak nak jadi ketua. Kerusi tu pun bukan hak sebenar PPBM sebab dimenangi atas tiket BN. Berbanding dengan DAP yang memiliki 39 kerusi.

Tak ada rasa malu di hati atau di muka ke? Tak pernah tengok cermin ke tentang rupa diri sendiri.

Apa kekuatan yang PPBM ada? Berapa juta keahliannya? Siapa tokoh2 terkenal yang menganggotai PPBM? Kalau sekadar menggunapakai nama orang tua yang dah nyanyuk tu untuk tunjuk taring dalam pakatan lebih baik lupakan saja.

Buktikan dulu kekuatan parti dalam PRU14 nanti dan selepas itu jika menang paling banyak barulah boleh mendabik dada untuk mengetuai pakatan. PAN mungkin sudah diuji iaitu di PRN Sarawak yang mengalami kekalahan teruk sehingga ramai yang hilang wang pertaruhan dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang juga kalah teruk di kedua2 PRK tersebut. PPBM yang belum masuk gelanggang untuk diuji tahap ilmu persilatannya pun sudah ramai pahlawan2nya yang cabut lari.

PRU14 bukan seperti PRU 22 tahun dahulu yang tiada media sosial maka segala2 pekung sopak panau dah disorok dari pengetahuan ramai. Hari ini media sosial mengungkit, membongkar dan mendedahkan apa yang berlaku 22 tahun dahulu tentang segala pekung sopak dan panau yang disembunyikan di dalam pakaiannya.

Kawan karib baru LKS punya rahsia pekung sopak panau yang disimpan sekian lama yang akan digunakan sebagai senjata jika Madey berlebih2 nak tunjuk kuasa dalam pakatan. Komunis tua itu bukan seorang yang bodoh boleh diinjak2 kepalanya .....

Tunggu waktu dan ketika yang sesuai saja dia akan melibas rakan2nya dalam pakatan .....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana