Anuar Manap: PPBM lahir daripada pemimpin yang kecewa

Kebiasaannya, parti politik seperti PPBM yang terhasil daripada golongan kecewa, akan berakhir dengan pelbagai kemelut dalaman sehingga mengundang kepada perpecahan.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar  Manap bagaimanapun tidak terkejut dengan masalah yang melanda parti Bunga Raya itu.

“Semua pemimpin PPBM ini termasuk ahli-ahlinya adalah terdiri dari golongan kecewa.

“Justeru bila mereka yang kecewa ini tidak dapat sesuatu yang mereka harapkan maka berlakulah pelbagai kemelut dan keretakan,” lapor UMNO Online, Jumaat.

Malah, katanya, PPBM bukan sahaja parti golongan kecewa tetapi juga sebuah parti yang tidak tahu hujung pangkalnya dari sudut kepimpinan.

“Lebih parah lagi ramai yang keliru dan tidak pasti siapa sebenarnya yang memimpin dan mempunyai kata pemutus dalam parti tersebut.

“Adakalanya terlihat seperti  Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menguasai segalanya tetapi pada suatu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba bertindak sebagai ketua.

“Namun pada suatu masa yang lain Datuk Seri Mukhriz Mahathir seperti menjadi jurubicara parti. Inilah yang dikatakan seperti parti yang tak tahu hujung pangkal”, kata EXCO Pemuda UMNO itu.

PPBM ditubuhkan pada penghujung tahun lalu oleh Mahathir dan Muhyiddin yang merupakan bekas pemimpin kanan UMNO..

Sementara itu, Anuar berkata, masalah dalaman parti berkenaan berkait rapat dengan dasar serta landasan perjuangan yang sudah tersasar jauh.

“Tidak pelik dengan perkembangan terkini hari ini. Kalau daripada awal lagi tidak berpaksikan kepada nilai perjuangan sebaliknya mempunyai kepentingan tertentu dan sebagainya, itulah harga yang perlu dibayar. Tidak perlu melangkah jauh untuk membuat penilaian.

“Kepada rakyat lihatlah apa yang berlaku di depan mata kita hari ini dan apakah kita mahu menyerahkan kepercayaan kepada mereka yang terumbang-ambing di dalam parti sendiri?” soalnya.

Sejak awal tahun, pelbagai kemelut berlaku dalam parti itu dan terbaharu, Ketua PPBM Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar mendesak Muhyiddin untuk meletakkan jawatan sebagai presiden.

Bagaimanapun Dr Mahathir dilaporkan mempertahankan Muhyiddin dan menuduh mereka yang memberontak itu berjuang untuk parti lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana