Annuar: Bukan UMNO, tapi DAP yang rasis

Rakyat Malaysia diingatkan untuk menolak tohmahan UMNO sebagai parti perkauman disebabkan parti keramat itu tidak pernah mengabaikan hak kaum lain di negara ini.

Saranan itu diberikan oleh Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa yang menegaskkan bahawa pemimpin UMNO terdahulu banyak bertolak ansur dengan kaum lain semasa proses menuntut kemerdekaan negara pada 1957.

Menurut beliau, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) membenarkan kaum-kaum lain mengekalkan jati diri kaum masing-masing melalui penggunaan nama dan bahasa.

“Lihat apa berlaku di Indonesia, sehebat-hebat Sukarno, beliau tidak berani membenarkan orang Cina menggunakan nama Cina.

“Tetapi kita sanggup berkongsi kuasa melalui Barisan Nasional, berkongsi ekonomi dalam negara dan bertolak ansur dengan kaum lain,” jelasnya Annuar.

Beliau yang Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian sempena majlis Anugerah Pertandingan  Artikel, Blog, Video dan Infografik Lim Kit Siang anti Islam, Diktator dan Rasis, di Shah Alam pada Jumaat.

Serentak dengan itu, Annuar melancarkan sebuah naskah politik bertajuk ‘DAP Bahaya Kepada Melayu Islam Di Malaysia’.

Turut hadir sama ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua Penerangan, Datuk Zein Isma Ismail.

Tambah beliau lagi, kejayaan negara mengekalkan keharmonian kehidupan pelbagai kaum di negara ini tidak akan tercapai tanpa BN dan UMNO

“Keharmonian kehidupan rakyat Malaysia sehingga hari ini adalah  disebabkan peranan Kerajaan Persekutuan yang menjadi pemerintah sejak dahulu.

“Jika DAP yang memerintah, saya tidak tahu nikmat kesejahteraan ini dapat kita kecapi kerana parti itu mengamalkan dasar perkauman yang kuat,” jelasnya lagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana