Anda Kenal Dia NI!!!!! Izara Aishah mengakui dia dalam klip video pakaian terdedah…mohon maaf

Pelakon Izara Aishah memang tidak boleh marah jika ramai yang mengutuknya bila melihat klip video yang tersebar dia berpakaian macam artis barat yang menjolok mata keterlaluan pada satu majlis.

Tidak kira atas apa alasan sekalipun ia dikira di luar batas budaya dan kesopanan di negara ini.

Dalam klip video itu dia memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian buah dadanya.

Izara menerusi laman sosial miliknya Selasa mengakui klip video berkenaan adalah dirinya.

Namun katanya ia bukan semasa menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian di PICC, Putrajaya pada malam 14 Mei lalu.

Katanya kilp video itu adalah semasa menghadiri satu pertunjukkan fesyen lama dulu.

"Ia adalah video lama dan bukan dari Anugerah Bintang Popular baru-baru ini," katanya.

Apapun Izara memohon maaf kepada semua orang yang tersinggung melihat klip video itu.

Dia mengakui klip video itu adalah ‘moment of weakness’ dan ambil tanggongjawab penuh atas kelemahan itu.

Dia juga anggap ia satu pengajaran dan ujian dari Allah.

Menurutnya klip video itu disebar di aplikasi chat group Sabtu lalu dan kemudian dikongsi di pelbagai laman sosial.

Kata Izara timing ini berlaku beberapa minggu selepas dia dan Adib,anak Datuk Khalid (suami Datuk Siti Nurhaliza) umum rancangan untuk kahwin dalam tahun ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment