AMK MAHU ANWAR JADI PERDANA MENTERI ANDAI PH TAWAN PUTRAJAYA....JANGAN MIMPI LAH

Angkatan Muda Keadilan (AMK) tegas menamakan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seandainya pembangkang berjaya menawan Putrajaya, walaupun bekas timbalan perdana menteri itu sedang menjalani hukuman penjara.

Desakan itu dibuat Ketua AMK, NIk Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan dasar Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan 2017 di Shah Alam, hari ini, yang mengusulkan nama Anwar sebagai perdana menteri dan ketua pimpinan Pakatan Harapan (PH)

“Tanpa ragu-ragu, AMK ingin mengusulkan kepada parti dan PH agar kita menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, ‘big tent politik’ merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya.

Kata Nik Nazmi lagi, kemampuan Anwar memimpin telah diterjemah semasa menjadi timbalan perdana menteri dan Menteri Kewangan, selain bekas ketua pembangkang itu dilihat lebih layak berbanding pemimpin PH yang lain seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah Nik Nazmi percaya kebijaksanaan Anwar membawa kebangkitan Islam yang moderat sehingga berjaya menyatukan budaya serantau dalam gagasan gelombang kebangkitan Asia menjadikan beliau tokoh pemimpin antarabangsa yang dihormati rakyat di negara ini dan antarabangsa.

Awal bulan lalu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan keengganan PH menamakan secara jelas orang yang akan dilantik menjadi perdana menteri sekiranya PH menang pada PRU akan datang.

“Jika pun PH ada calon, pemimpinnya tidak memberitahu kita. Ini amat pelik. Ia menunjukkan mereka tidak berani membuat keputusan walaupun mengenai perkara paling dasar,” kata Zaid yang menyertai DAP, Februari lalu.

Sebaliknya, Zaid berkata, gabungan itu perlu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri kerana pemimpin veteran itu mampu meraih sokongan kuat termasuk daripada pengundi Felda dan seterusnya memastikan kemenangan PH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana