AMK JOHOR CABAR EXCO PAS SELANGOR LETAK JAWATAN

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor mencabar Exco Pas di Selangor untuk meletak jawatan jika benar Pas parti yang bermaruah dan berjuang dengan ikhlas.?

Perwakilannya, Naim Jusri, berkata, PKR telah membuktikan parti itu bermaruah apabila mengarahkan semua ahlinya dalam kerajaan Kelantan meletak jawatan selepas Pas memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR.?

“Saya memuji kepemimpinan AMK Kelantan yang bersedia meletakkan jawatan demi perjuangan yang ikhlas.?

“Saya cabar Pas letak jawatan Exco di Selangor, kami (PKR) dah mulakan.?

“Niat kita, keikhlasan kita untuk berjuang, bukan untuk pangkat dan harta,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK dalam Kongres Nasional AMK di sini hari ini.?

Seorang lagi perwakilan dari Wilayah Persekutuan yang juga ketua Cabang Batu, Ahmad Azri Zainal Nor pula mencabar Pas bertanding di kerusi yang ditandingi PKR seperti di Parlimen Batu.?

“Baru-baru ini, ada orang dah tak nak kawan dengan kita, maka dia tohmahlah kita dengan pelbagai tohmahan yang buruk belaka….kitalah yang jahat, dia orang semua baik, masuk syurga.?

“Kita selama ini cuba nak pertahankan hubungan suci ini tetapi apa yang kita dapat? Kerusi kita dia nak, Parlimen Batu pun dia nak.?

“Kali terakhir mereka bertanding di Parlimen Batu pada 1996 dan mereka hilang deposit, kita akan pastikan mereka hilang deposit lagi,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana