Akhirnya!!!!! Muktamar PAS lulus putus kerjasama politik dengan PKR...

30 April 2017 akan dicatatkan di halaman sejarah sebagai hari dimanaahli-ahli PAS menggunakan Muktamar Tahunan parti itu untuk meluluskan usul memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Muktamar PAS merupakan tempat tertinggi untuk membuat keputusan secara umum sebelum ianya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang berperanan untuk diteliti kemudian menerima atau menolak dengan nas dan dalil-dalil agama setiap keputusan yang dibuat.

Usul itu dibentangkan oleh perwakilan ulama, Zulkifli Ismail pada sesi pembentangan untuk dibahaskan.

Katanya, usul tersebut dibuat memandangkan PKR dikatakan telah mengkhianati perjanjian kerjasama antara dua parti itu sebelum ini.

"Penilaian  tahaaluf  mestilah  dibuat  oleh  Majlis  Syura Ulama. Kini  terdapat  banyak  pelanggaran  syarat  berlaku  disepanjang  tempoh berlangsungnya  tahaluf  siyasi antara  PAS  dan  PKR.

"Penglibatan  PKR  menyokong  calon  Amanah dan  menentang  PAS  dalam  dua pilihan raya  kecil  Kuala  Kangsar  dan  Sungai  Besar, kegagalan  PKR  untuk  memberi  sokongan  yang  baik  kepada  usaha  PAS memperkasakan  Mahkamah  Syariah  melalui  Pindaan  Akta  355  malah  dilihat turut bersama  dengan  pendirian  DAP  yang  menentang  keras  Pindaan  Akta 355  ini.

"Kenyataan-kenyataan  pimpinan  PKR  secara  terbuka  yang  jelas memperlihatkan  keceluparan  dan  kebiadapan  mereka  terhadap  PAS sekaligus  tindakan  mereka  yang  tidak  menunjukkan  setiakawan, maka kami mengusulkan  supaya  tahaluf  siyasi  antara  PAS  dan  PKR  diputuskan tertakluk  kepada  keputusan  Majlis  Syura  Ulamak  menurut  peruntukan perlembagaan  PAS," katanya semasa membentangkan usul.

Usul itu kemudian disokong oleh perwakilan Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Ketika dibuka untuk perbahasan, semua perwakilan bangun menyatakan persetujuan dan melaungkan takbir, yang kemudiannya disahkan pegerusi tetap.

Usul ini akan diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Sekiranya badan tertinggi PAS meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan PAS dengan Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14, terutamanya di Selangor yang kerajaan negerinya turut dianggotai wakil PAS sejak penggal lepas.

Sementara itu turut dilulus tanpa bahas adalah usul daripada PAS kawasan Kota Raja dan Kuala Terengganu agar PAS Pusat membuat kajian mendalam dan mempertimbangkan supaya supaya diangkat segera ke majlis syura bagi mendapatkan kelulusan bahawa PAS akan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh PKR sekiranya tiada persefahaman politik pilihanraya dicapai sehingga berlakunya PRU ke 14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana