Ahli UMNO perlu bersatu dan bersetia di bawah Najib - Pak Lah....Syabas Pak Lah Sentiasa Tetap Dengan UMNO

Tun Abdullah Ahmad Badawi menyeru anggota UMNO supaya terus bersatu dan bersetia di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak supaya khidmat yang diberi dan disampaikan dapat meresapi jiwa dan sanubari setiap rakyat.

Bekas Presiden UMNO itu berkata setelah tujuh dekad berlalu, UMNO berjaya menghadapi dan menyelesaikan pelbagai krisis dalaman dan luaran berkat kepercayaan dan kesetiaan anggotanya.

Katanya, krisis yang telah berlalu perlu dijadikan pedoman dan panduan untuk parti keramat orang Melayu itu terus kekal relevan sepanjang zaman.

“Kepercayaan rakyat kepada UMNO hanya akan kekal sekiranya UMNO dilihat ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdullah yang merupakan perdana menteri kelima menyatakan demikian bersempena sambutan ulang tahun ke-71 penubuhan UMNO pada Khamis ini.

Justeru, Abdullah berharap semoga rakyat Malaysia dapat merasai keikhlasan segala khidmat bakti UMNO khususnya dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

Beliau juga meminta orang Melayu untuk berusaha keras bagi terus cemerlang dan gemilang dalam apa jua bidang diceburi sekali gus menyumbang kepada pembinaan negara yang terbilang.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan UMNO diterajui Najib serta menzahirkan kesyukuran kerana parti UMNO masih teguh dan utuh menjadi tunjang kepada pentadbiran negara hingga kini.

Beliau berkata kerjasama antara UMNO dan parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) juga terus menjadi intipati dalam memastikan kelangsungan dalam pentadbiran negara semenjak merdeka hingga hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana