Agenda Tun M penuh muslihat, kata perwakilan PAS

Akar umbi dan pimpinan PAS digesa berhati-hati dengan tipu muslihat Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perwakilan PAS Johor, Nazari Mokhtar menyifatkan agenda sebenar Tun Mahathir sukar dibaca dan beliau bimbang tindak tanduk bekas perdana menteri itu membantu menyelamatkan kerajaan sedia ada.

“Oleh itu, tindakan kita untuk tidak bersama PPBM adalah satu tindakan yang tepat.

“Ini adalah masanya untuk kita meraih undi Melayu. Kalau kita tidak berhati-hati, PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi Melayu,” kata Nazari sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden parti itu pada hari kedua Muktamar Pas ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah, Ahad.

Pada masa yang sama, Nazari menyelar Tun Mahathir yang disifatkan sebagai ‘Mr U-Turn’ kerana mengubah pendirian berhubung kerjasama dengan PAS.

Semalam Presiden parti Islam itu,, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu  tidak berhasrat untuk memulakan kerjasama politik dengan PPBM yang dilihat tiada arah tujuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana