ADUN Pujut hilang kerusi kerana miliki kerakyatan Australia...Lepas Ini Suruh Duduk Australia

Dr Ting Tiong Choon hilang kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas usul untuk melucutkan keahliannya dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Dalam usul tersebut, Wong menyatakan pemimpin DAP itu tidak lagi berkelayakan selepas beliau memiliki kewarganegaraan Australia.

Wong mendakwa Ting memperoleh kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.

"Oleh itu, di bawah Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, beliau bukan seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi anggota Dewan yang mulia ini," kata Wong.

Pengundian yang dilakukan DUN Sarawak sebentar tadi menyaksikan 70-10 undian menyokong penyingkiran Ting.

Dengan keputusan itu, ia menyaksikan pilihan raya kecil bagi DUN Pujut akan dilakukan tidak lama lagi.

Pada Jun tahun lepas, Ting menegaskan bahawa beliau tidak memegang dua kerakyatan Malaysia-Australia seperti yang didakwa oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana