Adam vs Rafizi... PKR berpecah kerana duit dan dana - Pemuda UMNO

Umpana si pencuri mengajar si penyamun bekerja...Itu perumpamaan yang diberikan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah kepada kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini.

Menurut Ahmad Azha, isu pemimpin muda PKR, Datuk Adam Rosly Abdullah yang menempelak naib presidennya, Rafizi Ramli pada Jumaat jelas menunjukkan pepecahan di dalam parti itu melibatkan dana kepimpinan atasan.

"Adam Rosly nyatakan beliau telah hilang sabar dengan beberapa kepimpinan parti. Beliau nyatakan Rafizi mengambil dana awam daripada orang ramai secara berterusan dan dikhabarkan gagal mendedahkan butiran dana yang diterima.

"Saya lihat ibarat si pencuri nak mengajar penyamun buat kerja. Adam Rosly bagi saya seorang yang tiada kreadibiliti dan tidak bertanggungjawab serta seorang yang gila kuasa.

"Rafizi Ramli pula terkenal dengan mainan politik persepsi, fitnah tanpa arah tuju dimana telah beberapa kali kalah dimahkamah kerana mainan politik presepsi kebencian dan juga pernah terpalit dengan membuat tuntutan palsu ketika berkhidmat di Petronas dan sehingga dipecat," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pakatan Harapan yang wujud tidak sampai 10 tahun sudah terpalit pelbagai skandal rasuah, salah guna kuasa, moral, gangsterism, penipuan, fitnah dan pelbagai lagi

"Saya mohon seluruh rakyat Malaysia berfikir secara matang dan professional dalam isu masa kini iaitu keretakan Pakatan Harapan.

"Saya mohon rakyat Malaysia untuk terus menyokong dan memberikan undi pada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Adam Rosly yang berang dengan naib presidennya itu kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menunjukkan dia bersalah atas tuduhan yang dihadapi.

"Dia tidak menunjukkan rasa hormat kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya.

"Komen Rafizi juga tidak wajar sama sekali kerana kes saya masih dibicarakan di mahkamah.

"Bebelannya mengenai saya berniat jahat dan didorong oleh agenda tidak wajar," katanya.

Kenyataan Adam Rosly telah dijawab secara sinis oleh Rafizi dimana beliau tidak mahu layan pertanyaan pemimpin muda PKR itu.

Terdahulu, Adam Rosly bertegas bahawa beliau sudah hilang sabar dengan perilaku Rafizi.

Adam Rosly berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti telah lama bersabar dengan Rafizi bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.

Oleh itu menurutnya, beliau kini tidak lagi boleh mendiamkan diri berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).

Adam Rosly mengumumkan untuk bercuti daripada jawatan parti selepas dia didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Adam Rosly yang dipilih sebagai ketua Pemuda PKR Ampang berkata, surat makluman mengenainya sudah dihantar kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Surat sama juga, katanya, dihantar kepada ketua cabang Ampang.

"Sementara itu saya akan terus membantu dan menyumbang dalam perjuangan menentang ketidakadilan serta pentadbiran menindas BN mengikut cara yang termampu.

"Saya juga komited meneruskan perjuangan suci PKR untuk mendapatkan Malaysia yang lebih baik.

"Saya akan kembali menyambung tugas bersama PKR selepas dibebaskan daripada tuduhan yang dikenakan pada saya," katanya.

Dia berdepan enam tuduhan membabitkan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim memutuskan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengumumkan jawatankuasa disiplin parti itu masih meneliti kes Adam Rosly.

Dua pemimpin yang diberi amanah melihat isu berkenaan, kata Nurul Izzah, ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, dan ketua wanita parti terbabit, Zuraida Kamaruddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana