Adam Rosly lepas geram pada Rafizi…bagi 48 jam isytihar dana diterima NGO pimpinannya...Rafizi jawab

Bukan rahsia lagi ada ketegengan antara Ketua AMK PKR kawasan Ampang ,Datuk Adam Rosly yang berdepan kes dakwaan kaya luar biasa dengan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini gara-gara kenyataan Rafizi yang beri gambaran negetif pada kesnya yang disiasat SPRM dan telah dihadapkan ke mahkamah.

Ahli Parlimen Pandan yang bersempadan dengan kawasan Ampang itu antara lain meminta PKR jarak diri dari Adam Rosly.

Ketua AMK PKR yang kini bercuti dari jawatannya ekoran kes mahkamah Jumaat mengeluarkan satu kenyataan yang memaparkan perang terbuka antara mereka.

Beliau memberi tempoh 48 jam mulai hari ini kepada Rafizi isytihr dana yang diterima dari orangramai untuk NOG dipimpinnya yakni Invoke dan NOW.

Katanya jika ia tidak dipenuhi beliau akan mengambil tindakan sewajarnya.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH DATUK ADAM ROSLY
Saya telah meneliti dan membaca laporan berita oleh Rafizi Ramli hari ini untuk menjawab kritikan saya kepadanya.
Walau bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya dan ramai pemimpin parti dan aktivis telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi Keadilan. Walau bagaimanapun, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.
Kebimbangan terbesar adalah terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.
Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.
Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap Keadilan dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, saya menyeru Rafizi Ramli mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini:
i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.
ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini
iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.
Sekiranya Rafizi Ramli gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap KEADILAN dan Pakatan Harapan.
*Dato' Adam Rosly*
 
Sementara itu sekitar dua jam selepas berdepan dengan desakan Adam Rosly....Rafizi tampil memberitahu jumlah dana yang diperolehinya.
 
Beliau mendakwa Invoke yang ditubuhkan pada 30 April 2017 dapat dana sebanyak RM2,780,652.
 
Manakala NOW pula,katanya tidak mempunyai sebarang pendapatan sepanjang tahun 2016 dan 2017.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana