30 ahli PPBM Dungun isytihar keluar parti...Padan Muka Madey

Sebanyak 30 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di sini termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan PPBM Dungun Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu dan kembali menyertai UMNO.

Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati PPBM tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan UMNO selama ini.

Mereka mengumumkan keputusan keluar parti itu dalam program “Selamat Tinggal PPBM – Sirih Pulang ke Gagang, UMNO Dulu, Kini dan Selamanya” di sini, malam tadi. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam.

Azmi berkata 20 hingga 30 lagi anggota PPBM Dungun dijangka turut berbuat demikian dalam masa terdekat.

Din berharap tindakan mereka itu akan memberi keinsafan kepada orang lain bahawa tiada parti lain yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan UMNO selama ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment