3 EXCO PAS TAK PERLU LETAK JAWATAN, KATA PAS SELANGOR....TAKUT HILANG JAWATAN KER?

Keputusan Majlis Syura Ulama memutuskan tahaluf siyasi ke atas PKR tidak akan menyebabkan PAS keluar dari kerajaan Selangor.

Berikutan itu tiga EXCO dan Timbalan Speaker DUN negeri dari parti Islam itu tidak perlu meletak jawatan, sebaliknya akan bersama pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga DUN dibubarkan.

Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menjelaskan bahawa keputusan dibuat oleh Majlis Syura Ulama petang tadi hanya memutuskan tahaluf siyasi atau kesepakatan politik dengan PKR.

“Kerajaan Selangor yang terbina sejak PRU-13 adalah hasil mandat rakyat.

“Oleh itu EXCO PAS tidak perlu meletak jawatan dan kami akan terus berada dalam kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan rakyat bersama dengan PKR dan DAP,” katanya kepada BNBBC.my portal, Khamis.

Sebentar tadi, Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Mursyidul Amnya, Hashim Jasin memutuskan bahawa parti Islam itu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR.

Ketika ini, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib adalah barisan EXCO negeri selain Timbalan Speaker DUN, Shafie Ngah serta akar umbi yang memegang pelbagai jawatan seperti Ahli Majlis.

Jelas ADUN Sabak itu, selepas ini, PAS hanya akan duduk berbincang dengan Pakatan Harapan di Selangor dalam urusan pentadbiran negeri sahaja.

“Perkara lain seperti rundingan berkenaan pembahagian kerusi dan perkara berkaitan politik tidak dilakukan, sebaliknya PAS akan berada dalam blok Gagasan Sejahtera untuk menghadapi PRU,” kata bekas EXCO itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana